Video| Bila SKMM, polis nak ambil tindakan? Pemilik akaun bukan_bangjago hina Agong masih ada!
Published byPEMILIK akaun Instagram ini yang menggunakan nama @bukan_bangjago hanya mempunyai 765 pengikut dan hanya ada tujuh posting yang mana empat daripadanya jelas mempamerkan wajah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Siapa pemilik akaun ini dan apa matlamatnya terhadap Yang di-Pertuan Agung? : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Al-Sultan Abdullah:
https://kitareporters.com/search?search=Yang+di-Pertuan+Agong
Itulah yang menjadi pertanyaan bukan sahaja rakyat jelata tetapi turut mendapat respons daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang melahirkan rasa murka baginda terhadap hantaran gambar yang menghina wajah suami baginda.
Kredit foto: IG @airtangan_tunkuazizah
Menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuazizah’. baginda berkongsi tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun @bukan_bangjago’ itu di mana salah satu daripadanya sudah dipadamkan dari akaun tersebut.
Tulis Raja Permaisuri dalan kapsyen posting berbahasa Inggeris bercampur Melayu:
“if u can t beat them .... join them .... showed the posts to my husband and told him .. " u look so cute and sexy! " ..... gara2 orang takde kerja , buat cari dosa je kan ! kepada allah berserah ! SILA AMBIL TINDAKAN."
Tetapi sehingga kini akaun Instagram berkenaan yang hanya memaparkan enam hantaran gambar sahaja yang dimuat naik pada 1 November 2020 masih wujud, malah mendapat lebih 4,000 komen yang rata-ratanya bersetuju tindakan diambil terhadap pemiliknya sebagaimana disyorkan Raja Permaisuri Agung yang memuat naik gambar sama pada 31 Disember 2020.
Rata-rata komen balas berjumlah lebih 6,000 yang diterima baginda menyatakan sokongan dan mengutuk perbuatan yang menghina institusi diraja dan Kerajaan Malaysia, khususnya menjadikan Yang di-Pertuan Agung sasaran utama pemilik akaun ‘biadab’ berkenaan.
Antara komen-komen yang diterima.
Terdahulu, pada 31 Disember 2020 ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat penyiasatan didapati akaun Instagram yang bukan sahaja menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disunting malah turut memuatkan lirik lagu Negaraku yang telah diubah suai serta bendera Malaysia dengan simbol komunis.
Walau pun siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun sehingga kini didapati akaun tersebut masih belum diturunkan melainkan tinggal tujuh sahaja hantaran gambar daripada 10 gambar YDPA dan bendera Malaysia sebelum ini.
Semoga isu ini dapat segera diselesaikan dan pemiliknya dihadapkan ke muka pengadilan serta akaun tersebut dipadamkan agar tidak menular menjadi tatapan dunia pula.
Kita tunggu laporan PDRM? - KitaReporters