Lebih setengah juta sugar daddy di Asia! Sedia taja wanita cantik, seksi! 42,000 di Malaysia!

Published by
KitaReporters

Filem Pretty Woman. - Kredit foto: Amazon.com


WOOW.... abang sayang, abang di mana?. Hati risau mengenangkan dikau, tutur kata merayu dengan lemah gemalai, manja dengan belaian luar biasa bisa menjadikan lebih setengah juta lelaki di Asia, sanggup`pokailah' sebagai 'sugar daddy'  bagi`membeli' anak gadis demi aksi terbaik termasuk di ranjang

Dek penangan itulah juga, lelaki Malaysia `berjaya` meletakkan negara sebagai yang ketiga ada ramai sugar daddy dengan 42,000 orang selepas Indonesia (60,250). Tempat pertama, India seramai 338,000 lelaki yang semuanya bersedia berbelanja untuk 'pakai-buang'  wanita yang mahu berkongsi keseronokan dunia.

Negara-negara lain ialah Jepun (35,500), Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (&,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,000)


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sugar daddy:

https://kitareporters.com/search?search=sugar+daddy


Papan iklan berkaitan sugar daddy yang pernah dipasang di Kuala Lumpur satu ketika dulu.


Puluhan juta `mengalir` daripada poket lelaki untuk membiayai wanita `mata duitan' yang erti kata lain, `berniaga` bermodalkan tubuh badan untuk mencari kemewahan hidup dengan segera. 

Pernah tengok filem Pretty Woman, lakonan Julia Robert dan Richard Gere yang mencatatkan rekod kutipan USD$463.4 pada 1990 dan filem terawal, Taxi lakonan Robert De Niro dan Judie Foster pada 1976, menceritakan dunia pelacuran dan wanita yang dibayar untuk menjadi penenam.

Pusat hiburan di  Asia terutamanya memaparkan orang kaya raya termasuk dari Timur Tengah , Amerika  sehingga tanah besar China mencari hiburan dan teman `berbual` dan berseronok dengan wanita yang bukan saja terpelajar tetapi cantik, seksi, menggoda ibaratkan bidadari dari 'syurga'.



Namun ada juga kisah lain di sebalik jolokan sugar daddy ini seperti mana kata seorang lelaki, Patrik Dominic yang dipetik oleh media Quora. com, memberitahu ada kawannya menjadi sugar daddy yang membelanjakan duit beli hadiah mahal dan apa yang perlu dilakukan oleh wanita penghias itu adalah menjadi teman `berdating` dan ke majlis rasmi. 

Katanya, wanita itu tak berlagak macam teman sosial dan sangat cantik serta nampak `biasa` saja. 

"Sugar daddy ini hanya mahu orang melihatnya ada peneman.," katanya.

Jika biasanya orang melihat sugar daddy atau `ayah gula' ini sebagai lelaki pertengahan umur, menaja hadiah mewah dan hulurkan duit kepada wanita muda dengan harapkan balasan selalunya hubungan seks, inilah pula pendapat seorang penyelidik dunia sugar daddy.


DR MAREN SCULL. - Kredit foto: clas.ucdenver.edu/sociology/maren-scull


Pakar sosiologi, Dr Maren Scull yang juga penolong pensyarah di University of Colorado Denver mengenal pasti ada tujuh kategori yang berkaitan dengan  perhubungan`ayah gula'  iaitu pelacur, teman berpacar dibayar,  pendamping bergaji, 'sugar dating', `sahabat sugar` teman baik tapi mesra  dan `pasangan sugar` tanpa nikah yang ada tempat tinggal dan dicintai. 

Sugar Daddy ada maksud lain selain pelacuran atau industri jual badan


Dalam temu bual dengan agensi Newswise.com yang kemudian diterbitkan dalam Sociological Perspectives, beliau mengulas, setiap kali membaca komenter mengenai hubungan 'sugar daddies atau sugar babies` yang selalu disebut adalah wanita terdesak, pelajar kolej terbabit dalam bidang pelacuran . Tetapi sebenarnya konsep itu berbeza.

"Memang ada hubungan sugar daddy bersifat teman berseronok, hubungan mesra sebagai balasan untuk sokongan kewangan, kebendaan dan ikatan profesional. Ia bukan benda baru sejak 1750-an lagi dan wujud di Amerika. Macam juga Geisha yang dianggap sebagai teman penghibur lelaki yang dibayar tetapi menjual seks.

"Malah masa perang dunia pun, askar bayar wanita untuk menemani mereka makan malam atau ke majlis tarian. Tapi dalam era moden, kaji selidik untuk khidmat ini bertukar daripada seorang pendamping kepada jual beli seks di benua Sahara Afrika serta khidmat teman untuk berpancaran yang perlu dibayar dah mula muncul di Asia Tenggara." katanya.



Daripada 48 wanita di AS yang ditemu bual, 40 peratus mengakui tidak mengadakan hubungan seks bagi membalas budi pembiaya mereka tetapi lebih kepada hubungan yang berkaitan dengan emosi, rasa cinta dan ikhlas.

"Bisnes sugar daddy selalu tak melibatkan emosi dan semua itu dibuat mesti atas pertukaran hadiah dengan seks. 

"Di Asia, ada khidmat orang berpacaran mesti dibayar sama ada untuk menemani makan minun atau pendamping tugasan di majlis rasmi.  Manakala jika jadi pendamping yang diberi ganjaran, banyak terbabit menentukan hala tuju pasangannya.

"Sugar dating barulah kena bayar harian atau bulanan yang mungkin dicaj dari harga ratus hingga ribuan ringgit. Manakala untuk konsep sahabat dating lebih kepada lelaki menanggung kehidupan pasanganya macam rumah, api, makan minum, kereta dan percutian. 

"Wanita selalu mahu terus dinoktah dengan perkahwinan. Tulah dipanggil cinta pragmatik," katanya.

Sebab itu katanya jika ada orang sugar samakan semua konsep sugar daddy dengan pelacuran ia macam satu jenayah kerana orang terlupa ada juga pasangan ikhlas atau miliki ikatan emosi. 

Ada wanita kebetulan berjumpa dengan teman sekerja dan saling menjaga satu sama lain. Hubungan ini boleh kekal selama-lamanya. - KitaReportes


In 2005, the reality show “The Girls Next Door” offered viewers a look at the lives of three of Mr. Hefner’s young companions in the Playboy Mansion: from left, Holly Madison, Bridget Marquardt and Kendra Wilkinson.

Hugh Hefner yang antara memulakan kelab Playboy menyediakan teman pendamping untuk lelaki dan penerbit majalah prono termuka As. Dia meninggalkan legasi sebagai playboy terkenal di dunia. Pada tahun 2005, siri realitinya,  “The Girls Next Door” menayangkan kisah hidup tiga penemannya, di Playboy Mansion. Dari kiri, Holly Madison, Bridget Marquardt dan Kendra Wilkinson. - Kredit foto: European Pressphoto Agency 

1
2
0
1
8

Copy Link: