SIAPA tak sedih sekiranya orang yang kita paling sayang di dunia pergi selama-lamanya… lebih-lebih lagi yang ‘pergi’ itu adalah individu penting dalam hidup dan membesarkan kita. Tentu sekali sedih dan jika boleh satu dunia mahu dicanang hati ini sedang berduka melepaskan dia ‘pergi’ ke kampung abadi. : KitaReporters

Seorang cucu cuba menyelamatkan nyawa nenek dengan memberikan bantuan pernafasan kaedah CPR kepada neneknya. - Kredit foto: FB EL Diario de Nanchital.


Itu yang berlaku kepada seorang pemuda di Mexico apabila momen terakhir dia berusaha menyelamatkan nyawa neneknya dirakam dan menjadi tular dalam media sosial

Kejadian berkenaan bermula apabila pemuda yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan membawa neneknya ke Hospital Besar Mexico City, namun sebelum sempat menerima rawatan di hospital neneknya meninggal dunia.

Momen sedih itu menjadi tular apabila menunjukkan seorang pemuda yang berusia 30 tahun dilihat meraung sambil memeluk neneknya yang berada di sebelah pemandu di tempat parkir kereta di Hospital Besar Mexico City, baru-baru ini.

PEMUDA berkenaan terus menerjah ke tempat penumpang selepas melihat neneknya kaku sebelum memberikan bantuan pernafasan.



Gambar yang sangat menyedihkan itu dikongsi lebih 3,000 pengguna di Facebook.

Dalam kejadian yang penuh tragis itu, pemuda berkenaan dikatakan membawa neneknya yang selama ini membesarkan dirinya ke hospital selepas mengadu sesak nafas, yang mungkin berpunca daripada pandemik Covid-18.

Namun ketika tiba di tempat letak kereta di hospital berkenaan keadaan menjadi cemas apabila neneknya kelihatan kaku menyebabkan dia menerjah ke tempat penumpang dan terus memberikan bantuan pernafasan kepada neneknya.

Namun usahanya dilihat terlambat apabila nenek telah disahkan meninggal dunia tanpa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan.

Keadaan tersebut menyebabkan pemuda berkenaan meraung sekuat hati sambil memeluk neneknya.

PASUKAN perubatan Hospital Besar Mexico City mengangkat neneknya untuk memberikan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.


Sapa tak sedih??? Orang paling penting dalam hidup pergi meninggalkan kita selama-

lamanya!

Dah la sampai di hospital tapi belum sempat terima rawatan lagi telah pergi selamanya.

Gambar-gambar tular yang dimuat naik dirakam oleh Moses Pablo, seorang jurufoto di Mexico.

Semoga pemuda tersebut tabah hadapi dugaan hidup ini, yang pasti dugaan yang datang pasti mematangkan kita semua. - KitaReporters

2
0
2
0
0

Copy Link: