Seorang bapa menamakan anaknya, "Air Rumi Akbar 1453". Tentu ada pengertian bermakna dan simbol penting kepada nama yang telah dipilih itu. Mungkin dia merupakan bayi pertama di dunia menggunakan nombor sebagai namanya. : KitaReporters

Ammar gembira menyambut kelahiran bayi lelakinya.

Lagi cerita-cerita berkaitan kelahiran:

https://kitareporters.com/search?search=kelahiran


Air Rumi Akbar 1453 adalah anak lelaki pasangan selebriti Ammar Zoni, 27, dan Irish Bella, 24, yang dilahirkan pada jam 5.34 pagi, Jumaat, 18 September 2020 lalu dengan berat 3.4 kilogram.

Keunikan nama itu membuat Ammar Zoni mengadakan sidang media secara virtual pada Ahad, 20 September 2020 lalu bagi menjelaskan makna dan harapan yang terkandung dalam nama lengkap anak lelakinya itu.

Ammar mencium bayi lelakinya


Ammar Zoni menjelaskan nama tersebut dipilih mengingat situasi ketika ini iaitu pandemik Covid-19.

"Perkataan ‘Air’, insya-Allah ke depan boleh menjadi sumber kehidupan buat banyak orang, sumber manfaat orang, rendah hati dan mengalir terus," ujarnya.

Adapun perkataan ‘Rumi’, adalah kerana dia menyukai penyair sufi Jalaluddin Rumi dengan harapan anaknya  boleh menjadi penyair sufi yang mengetahui bagaimana mencintai Tuhan dan berhubungan baik dengan sesama manusia. 

Ammar Zoni dan Irish Bella sentiasa memperlihat kemesraan ketika sesi fotografi. - Kredit foto: detik.com


Sementara nama ‘Akbar’ diambil daripada nama lengkap Ammar Zoni, iaitu Muhammad Ammar Akbar Alruvi. Dia bercadang meletakkan nama itu jika nanti dikurnia lagi anak lelaki.

"Perkataan ‘Akbar’ pula kerana nama saya asalnya Muhammad Ammar Akbar, saya ingin semua anak lelaki ada nama Akbar," katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pengunaan nombor ‘1453’, Ammar meminta masyarakat melihat kaitan nombor itu dalam sejarah kebangkitan Islam. 

Menurut Wikipedia, tarikh Selasa, 29 Mei 1453 adalah penawanan ibu kota Empayar Byzantine, Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah. Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek.

Kejatuhan Constantinople (kini dikenali sebagai Istanbul) juga mempercepatkan penghijrahan sarjana-sarjana Greek yang membawa bersama ilmu pengetahuan mereka ke Eropah dan menyemarakkan lagi kebangkitan Renaisans.

Selain itu, kejadian ini memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan politik Empayar Uthmaniyyah dan peluasan empayar ini ke Mediterranean Timur dan Balkan.

Tarikh ini adalah salah satu tarikh yang dicadangkan untuk menunjukkan berakhirnya Zaman Pertengahan.

Kehidupan bahagia Ammar Zoni dan Irish Bella setelah memperoleh cahaya mata. Kredit foto; detik.com

Ahmmar Zoni, selain berlakon juga merupakan model dan pengusaha. Dia mula berlakon pada tahun 2013.

Sementara Irish Bella (Yris Jetle de Beule) adalah pelakon, model dan penyanyi. Berlakon sebagai suami isteri dalam drama bersiri ‘Cinta Suci’ menwujudkan perasaan cinta bersama. Lalu mereka bertunang pada 12 Februari 2019 dan berkahwin dua bulan selepas itu iaitu pada 28 April 2019.

Pasangan ini sebelum ini telah mempunyai janin kembar. Namun janin itu mati ketika kandungan berusia enam bulan pada Oktober 2019.

Kini dengan kelahiran  ‘Air Rumi Akbar 1453’ pasangan selebriti ini berharap ia akan memberi rezeki kehidupan bagi mereka sekeluarga. - KitaReporters

Suasana Ammar Zoni dan Irish Bella memperlihatkan minggu pertama bersama si bayi. - Kredit video: AishTv

0
0
0
0
0

Copy Link: