HASRAT warga asing beragama Islam yang tinggal di Negeri Terengganu untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid dan surau negeri itu masih tidak kesampaian kerana pihak berkuasa agama tidak membenarkan mereka berkunjung premis berkenaan. Mohon mereka bersabar dan yakin dengan alasan di sebalik keputusan berkenaan. : KitaReporters

Masjid Terapung di Kuala Ibai,Terengganu. - Gambar Hiasan


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Ini kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengekalkan larangan warga asing untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau berikutan pemantauan wabak COVID-19 di negeri itu diteruskan. 

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad 


“Setakat ini kita masih belum membenarkan mereka (warga asing) untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Walau bagaimanapun, kita akan pertimbangkan bagi mereka yang berkhidmat dengan kerajaan seperti di institusi pengajian awam (IPT) serta yang memohon kebenaran solat Jumaat," katanya.

Mat Azmi berkata, pihaknya mengetatkan SOP itu memandangkan tiada jaminan terhadap tahap kesihatan warga asing yang tidak terlibat dengan aktiviti atau kerja pada peringkat kerajaan.

"Setakat ini, MAIDAM yang membenarkan semua aktiviti agama dilaksanakan di masjid dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga perlu bersesuaian dengan kapasiti jemaah masjid yang dijarakkan serta mereka boleh solat di luar bangunan masjid jika ada keperluan dan dibenarkan," katanya.

Masyarakat Islam setempat menunaikan solat Jumaat mengikut SOP ditetepkan kerejaan. - Gambar hiasan


Untuk rekod, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah dibenarkan di semua masjid di Terengganu bermula 12 Jun 2020. Kebenaran itu diberikan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat jemaah kembali dilaksanakan di masjid.

Kebenaran ini juga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berdasarkan pandangan dari Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negeri Terengganu. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: