Pembedahan plastik RM1.7j! Atasi depresi sebab tak cantik!

Published by
KitaReporters
PEMBEDAHAN plastik memang boleh mengubah bentuk tubuh dan rupa paras seseorang. Namun untuk hasil yang benar-benar memuaskan dan selamat, ia perlu dilakukan oleh doktor pakar dan tentunya, perbelanjaan untuk tujuan itu menelan kos yang tinggi. Ada yang sampai jutaan ringgit. : KitaReporters

Keadaan Mikishi dahulu dan sekarang hasil pembedahan plastik. - Kredit foto: Twitter @Qpr_7.

Lagi cerita-cerita berkaitan kecantikan:

https://kitareporters.com/search?search=kecantikan


Seorang wanita di Jepun bernama Mikishi, 25,  yang mempunyai paras kurang menarik sanggup mengeluar perbelanjaan besar untuk memiliki wajah menarik. Hasilnya bentuk tubuhnya berubah hampir 100 peratus dan tidak dikenali orang ramai yang mengenalinya sebelum ini.

Proses perubahan wajah Mikishi

Mikishi mengaku menjalani sejumlah prosedur yang membuat wajahnya boleh cantik seperti sekarang. 

Dia pertama kali melakukan ‘facial reshaping’ (pembentukan semula wajah) sehari setelah lulus sekolah menengah yang diteruskan dengan beberapa pembedahan lain.

Mikishi ketika di sekolah menengah pernah bercita-cita menjadi model dan perkara itu pernah dicerita kepada seorang teman.

Pembedahan seterusnya memperlihatkan wajahnya bertukar daripada wajah asalnya

“Mentalku sangat tidak stabil dan aku sering ingin tiba-tiba menangis ketika dalam kelas. 

"Aku berfikir bahawa aku tidak boleh meneruskan kehidupan seperti itu. Dan setelah lulus, aku memutuskan hubungan dengan rakan-rakan sekolah. Aku kemudian memberitahu emakku bahawa aku ingin melakukan pembedahan secepat mungkin,” kata Mikishi dalam postingan Twitternya.

Emak Mikishi menyedari betapa terganggunya mental anaknya, justeru sedia membiayai kos pembedahan sehari selepas Mikishi tamat persekolahan.

Struktur giginya juga mengalami pembedahan

Sayangnya Mikishi tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan plastik itu kerana mahu kelihatan jauh lebih cantik.

Kerana itu Mikishi  tidak keluar rumah selama tiga bulan dan mengalami depresi. Keadaannya mulai membaik setelah berusaha bersosialisasi dan bekerja separuh masa di sebuah pejabat kerajaan.

Setelah itu, Mikishi mulai menjalani prosedur lain seperti implan dagu, pembedahan hidung dan kedua-dua matanya.

Mikichi memperlihat perubahan wajahnya dalam Twitternya.

Sehingga kini dia sudah melakukan empat pembedahan besar. Dia sudah menghabiskan 4 juta yen atau kira-kira RM1.7 juta

Selain dibantu oleh orang tua, wanita berusia 25 tahun itu terpaksa melakukan pinjaman wang bagi melakukan pembedahan tersebut bagi mengatasi masalah depresinya. 

Kini selepas mengeluarkan perbelanjaan besar, Mikishi berpuas hati dengan penampilan wajah barunya. Dia kelihatan jauh lebih cantik berbanding keadaan asal. - KitaReporters

0
0
0
0
2

Copy Link: