Covid-19: Pelakon bunuh diri? Murung kerana tiada pekerjaan?
Published bySEJAK bermulanya penularan pandemik Covid-19 di Wuhan, China pada Disember 2019 lalu, pelbagai berita sedih dan menyayat hati telah melanda dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Ada yang kehilangan ahli-ahli keluarga seperti ibu bapa,anak-anak, sanak-saudara, rakan-rakan, sahabat handai dan lain-lain akibat virus novel Korona ini. : KitaReporters
Pelakon muda yang berbakat besar, Akshat Utkarsh mencuba nasib dalam bidang lakonannya sejak beliau berhijrah ke Mumbai,India dua tahun lalu. - Kredit foto:Instagram
Lagi cerita-cerita berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Baru-baru ini, seorang pelakon Televisyen (TV) India, Akshat Utkarsh, 26, ditemukan mati di kediamannya di apartmen Andheri di Mumbai akibat perbuatan ‘menggantung diri’ di siling kipas di dalam biliknya.
Kejadian disedari teman wanitanya Sneha Chavan yang tinggal bersama dengan aktor itu kira-kira jam 11.30 malam pada 27 September 2020 lalu, ketika hendak ke bilik air.
Polis Amboli, India dalam satu kenyataan rasminya berkata siasatan awal mendapati mangsa (Utkarsh) dikatakan mengalami ‘depresi’ (kemurungan) sejak pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) pada 24 Mac 2020 lalu akibat penularan wabak Covid-19 di India.
Mendiang dikatakan kehilangan pekerjaan (bidang lakonan) pada Mei 2020 sehingga menjejaskan pendapatan sara hidup dan juga mengalami masalah kewangan peribadinya.
Akshat Utkarsh - Kredit foto:Instagram
Bagaimanapun, bapa Utkarsh menafikan kematian anaknya berpunca daripada masalah kewangan kerana beliau turut mengirim wang kepadanya apabila diperlukan.
Pada malam kejadian, kata bapa mendiang, anaknya juga sempat berhubung dan bercakap melalui telefon pada jam 9 malam dengannya.
Namun, Chavan (teman wanitanya) turut mengakui kepada pihak polis ketika disoal siasat bahawa Utkarsh kelihatan agak muram dan tidak ceria. Mereka sempat berbual-bual sebelum beredar masuk ke bilik tidur masing-masing pada jam 11 malam waktu tempatan.
Namun, ketika pihak polis sampai di lokasi kejadian tiada sebarang nota ditinggalkan oleh si mati dan menolak ada sebarang motif ‘pembunuhan’ yang boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak.
Polis juga mengklasifikasikan kes kematian pelakon tersebut sebagai mati mengejut dan pihak hospital turut mengesahkan kematiannya akibat sesak nafas berpunca terjerut tali gantung.
Dalam perkembangan lain, pihak keluarga Utkarsh mendakwa pihak polis tidak melakukan siasatan yang lengkap dan dianggap cuai. Mereka percaya kematian aktor itu ada unsur-unsur pembunuhan.
Mayat Utkarsh dibawa pulang ke kampung halamannya di
Muzaffarfur, Bihar sebagai memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan
dengan upacara keagamaan.
Sebelum ini, dunia Bollywood turut dikejutkan dengan kematian aktor kacak Sushant Singh Rajput yang masih dalam siasatan pihak berkuasa kerana disyaki dibunuh oleh teman wanitanya, Rhea Chakraborty pada Jun 2020 lalu.
(Berita terdahulu: Kena sihir atau bunuh diri? Misteri kematian aktor Bollywood)
Pada awalnya, pihak polis menganggap kes kematian Rajput hanya sebagai membunuh diri. - Kitareporters
Sumber:
https://mumbaimirror.indiatimes.com/mumbai/other/actor-akshat-utkarsh-dies-by-suicide-family-alleges-
murder/articleshow/78396153.cms?utm_source=contentofinterest&utm_medium=text&utm_campaign=cppst
https://www.instagram.com/p/B2eijx5ngHo/?utm_source=ig_web_copy_link