Berita Terkini| Mayat lelaki terputus dua ditemukan! Dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondo!
Published byMayat lelaki dalam keadaan badan terputus dua ditemukan pekerja pembersihan di sebuah kondominium di Pulau Pinang. - Kredit foto: Media sosial
MAYAT seorang lelaki belum dikenal pasti identiti
ditemukan dalam keadaan badan terputus dua di aras enam sebuah kondominium di Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 8.30
pagi 16 Jun 2021.
Mangsa disyaki terjatuh dari tingkat 26 kondominium tersebut susulan penemuan selipar dipercayai milik lelaki tersebut berdekatan tangga iaitu lokasi dipercayai terjatuh.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa oleh pekerja pembersihan jam 8.58 pagi.
“Pihak polis ke lokasi kejadian dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan badannya terputus dua di tingkat enam kondominium tersebut.
"Kita tidak menolak kemungkinan mangsa terhentak pada batu ruang tanaman bunga ketika terjatuh menyebabkan badannya terputus dua,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro, 16 Jun 2021.
Tambah beliau, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti serta motif kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Katanya lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter