Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Published by
KitaReporters

NIA Ramadhani bersama Ardi Bakrie ketika menghadiri PN Jakarta Pusat pada 11 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


ARTIS terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika Pengadilan Negeri (PN) menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit kegiatan penyalahgunaaan dadah kira-kira lima bulan lalu.

Turut didakwa di Pengadilan Negeri (PN) atau Mahkamah Jakarta Pusat yang bersidang pada Selasa 11 Januari 2022 lalu atas kesalahan tersebut ialah pemandu Nia Ramadhani, Zen Vivanto.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dadah

 

NIA RAMADHANI - Kredit foto : Liputan 6


Ketua Hakim PN, Muhammad Damis berkata, hukuman yang dijatuhkan terhadap tiga pelaku terbabit setelah pihaknya berpuas hati mendapati bukti-bukti yang sah dan meyakinkan bahawa pelaku melakukan kesalahan tersebut.

Sebaik sahaja hukuman itu dijatuhkan oleh Muhammad, Nia Ramadhani menundukkan kepalanya sambil menangis yang diperhatikan oleh Ardi yang hanya mampu memandang isterinya yang sedang menintis air mata itu.


 

Kredit foto : Tribunnews.com


Perbicaraan kesalahan tiga pelaku terbabit dilangsungkan pada hari tersebut yang turut dihadiri ahli keluarga mereka dan sahabat handainya.

Pada sidang sebelum ini,  Jaksa Penuntut Umum (JPU) meminta ketiga terdakwa itu menjalani proses pemulihan di RSKO Cibubur selama 12 bulan.

Namun, Ardi pada akhir tahun 2021 melalui pembelaannya merayu JPU agar memberi pertimbangan yang sewajarnya berikutan dengan kesalahan dia dan Nia Ramadhani itu.


PN yang bersidang pada 11 Januari 2022 mendapati artis itu, Ardi dan Zen Vivanto bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. - Kredit foto : Tribunnews.com


Dipetik Tribunnews.com pada 12 Januari 2022 melaporkan Ardi meminta rayuan tersebut kerana beberapa peniagaan miliknya terjejas selepas dia didapati bersalah terbabit dalam kegiataan penyalahgunaan dadah jenis syabu.

‘’Saya sudah insaf dan saya perlu mencari nafkah bagi menyara keluarga saya.

‘’Saya juga perlu menguruskan beberapa perniagaan yang sudah terbengkalai sejak disabitkan dengan kesalahan ini,’’ kata Ardi dalam pembelaaannya pada Khamis 30 Disember 2021 lalu.


Kredit foto : Tribunnews.com


Kes berkenaan bermula apabila artis itu dan Zen Vivanto ditangkap oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat di rumah kediamannya di Jakarta Selatan pada 7 Julai 2021 lepas pukul 15.00 Waktu Indonesia Barat (WIB). 

Ketika serbuan dilakukan itu, pihak polis berjaya merampas syabu seberat 0.78 gram dan peralatan sedut daripada kedua-dua pelaku terbabit.

Sementara Ardi, pada waktu malam hari kejadian tersebut telah datang untuk menyerahkan dirinya kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat dan mengaku dia terbabit bersama Nia Ramadhani.

Berdasarkan pemeriksaan ke atas ketiga pelaku terbabit, mereka didapati positif dadah. - KitaReporters


 

Kredit foto : Tribunnews.com 

15
11
0
14
1

Copy Link: