Video| Berkat baca bismillah, doa dan usaha! Wanita raih untung RM21k sebulan! Jual apam Bugis!
Published byDUA pembantu Isma Novianti sedang menjual kuih apam Bugis kepada seorang pelanggannya di tepi jalan di Kejaksaan Raya, Pondok Bambu, Jakarta Timur. - Kredit foto-foto: YouTube money fighter
SELALU mengamalkan sebutan "Bismillahir rahmanir rahim" serta berdoa telah memberi keuntungan bersih sehingga Rp75 juta (lebih RM21,000) sebulan kepada seorang wanita yang menjual kuih apam Bugis di sebuah gerai di pinggir jalan Kejaksaan Raya, Pondok Bambu, Jakarta Timur, Indonesia sejak lima bulan lalu.
Wanita terbabit, Isma Novianti berasal dari kota Pinrang, Sulawesi Selatan mengakui dengan amalan perkataan bismillah itu setiap kali dia mengukus kuih tersebut sebelum dijual kepada orang ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuih muih
ISMA Novianti di gerainya yang menjual kuih apam Bugis.
Melalui sebuah video dalam saluran YouTube Money Fighter, Isma menyatakan pada awalnya dia memulakan perniagaan jualan kuih tersebut secara kecilan.
Bermodalkan bismillah, doa dan keyakinan diri, wanita itu bersyukur telah menghasilkan satu keuntungan yang besar yang tidak disangka-sangkakan.
Menurutnya, sebelum itu dia tidak pernah terfikir untuk menjual kuih apam Bugis yang diperbuat daripada tepung beras, gula Aren (gula merah) dan beberapa bahan lain.
Namun, disebabkan wanita itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan bagi menyara kehidupan keluarganya ketika Covid-19 sedang melanda di wilayah itu menyebabkan dia nekad untuk menjual kuih berkenaan setiap hari di pinggir jalan tersebut.
KUIH apam bugis yang sudah siap dikukus untuk dijual kepada orang ramai.
“Awalnya kuih ini kurang mendapat sambutan sebab kita baru
berniaga maka ramai orang yang belum mengetahuinya lagi.
“Selepas itu, berkat dengan doa dan tidak lupa juga saya sentiasa menyebut bismillah setiap kali mengukus kuih itu akhirnya ia mula mendapat sambutan orang ramai yang singgah membelinya semasa mereka melalui jalan itu,” kata Isma.
Memetik laporan Merdeka.com pada 2 Mac 2022 lalu menyebut Isma berbuat demikian kerana dia sering mengingati pesanan arwah bapanya bahawa setiap kali memulakan apa jenis pekerjaan sekali pun hendaklah ia dimulakan dengan sebutan bismillah.
Wanita itu mengaku awalnya perniagaannya yang mula dijalankan pada September 2021 memperoleh keuntungan sejumlah Rp2.5 juta (lebih RM700) sehari.
Menurutnya lagi, jikalau dihitung jualan keseluruhan kuih itu ialah Rp4 juta (lebih RM1,100) hingga Rp5 juta (lebih RM1,400) sehari.
ISMA NOVIANTI
“Pada peringkat permulaannya, saya berasa malu juga dengan masyarakat kerana menjual kuih di tepi jalan di sebuah gerai yang sederhana serta pelbagai masalah lain yang terpaksa saya hadapinya.
"Tetapi syukur dan alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan rezeki saya sentiasa dimurahkan oleh Allah akhirnya saya boleh mendapat keuntungan hingga Rp75 juta (lebih RM21,000) sebulan,” katanya.
Isma selanjutnya memberitahu, idea menjual kuih itu dicadangkan oleh seorang bapa saudara yang menyuruhnya agar dia menjual kuih apam Bugis di tepi jalan sebagai punca pendapatan ketika pandemik Covid-19 itu.
SEORANG pekerja Isma sedang membacuh tepung beras untuk kuih apam Bugis.
“Saya sendiri pun tidak menyangka memperolehi keuntungan yang sebesar itu kerana pada peringkat awalnya saya berniaga kuih itu sekadar untuk mencari keuntungan bagi menampung perbelanjaan keluarga saya.
“Dalam hal ini, saya ingin menasihatkan kaum wanita yang ingin memulakan apa-apa jenis perniagaan, mereka hendaklah mempunyai keyakinan diri, banyak berdoa dan yang penting jangan lupa menyebut bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan. Insya-Allah Tuhan akan merestui usaha kita,” ujarnya.
Sementara itu, memetik laporan Liputan 6 mengatakan bahawa erti bismillah adalah “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” dan setiap Muslim hendaklah membaca bismillah setiap kali melakukan apa-apa pekerjaan ataupun kegiatan lain.
Para ulama menafsirkan lafaz bismillahir rahmanir rahim itu mempunyai empat hal yang penting termasuk awalan Bi memberi makna kekuasaan dan perrtolongan daripada Allah.
Orang yang melafazkan bismillah sebelum memulakan sesuatu dengan meniatkan setiap perbuatannya atas dasar kekuasaan serta pertolongan daripada Allah.
Ia juga diucapkan sebagai bentuk pengakuan bahawa Allah merupakan Maha Berkuasa alam semesta yang agung kerana bismillah itu mengandungi dua sifat Allah iaitu Ar-rahim dan Ar-rahman. - KitaReporters
Kredit foto-fot : YouTube Money Fighter