ORANG BAGAN SERAI KETEGAQ! DAH KENA BEBEL!!
Published by
KitaReporters
--title--
VIDEO tular memaparkan seorang wanita menegur dan 'menyekolahkan' mereka yang masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian warga maya. Rata-rata mereka terhibur dengan bebelan dan reaksi 'garang' wanita itu yang kesal dengan sikap 'orang kampungnya' yang dikatakan masih degil dan terus melanggar arahan kerajaan. : KitaReporters
Tangkap layar video seorang wanita yang menegur sikap masyarakat di Bagan Serai, Perak yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Video berdurasi satu minit 22 saat yang dikongsikan Facebook Perak Press itu mendapat hampir 20,000 tontonan dengan hampir 400 tanda suka serta 241 perkongsian setakat semalam, Selasa, 21 April 2020.
Leteran wanita itu mungkin merujuk kepada beberapa insiden di Bagan Serai, Perak di mana terdapat individu yang ditangkap kerana melanggar PKP apabila dikesan bersembahyang jemaah di sebuah surau dan masjid.
Malah dalam insiden terbaharu, seorang Exco Perak yang merupakan ADUN di Bagan Serai juga dikaitkan dengan pelanggaran PKP apabila menghadiri jamuan yang turut dihadiri timbalan menteri.
Menerusi video berkenaan, wanita yang memakai telekung berwarna merah jambu itu menujukan kemarahannya kepada penduduk di Bagan Serai yang masih tidak faham-faham dengan perintah kerajaan agar terus kekal di rumah.
"Nie nak habaq (beritahu) pi. Aku rasa aku jadi orang Bagan Serai, aku rasa macam malu sangat perangai orang-orang Bagan Serai. Daripada rakyat biasa sehingga ke Exco (kerajaan negeri) semua tak dengar cakap.
"Orang kata jangan keluar jangan keluar. Orang kata jangan sembahyang jemaah di surau, di masjid (tapi) depa (mereka) masih buat. Awat (kenapa)? Depa ingat sembahyang di rumah tu Allah tak nampak ka? Heran betullah cari penyakit," luahnya.
Menurutnya, masyarakat di Bagan Serai bukanlah semuanya dalam kalangan orang senang sehinggakan mampu untuk membayar denda atas kesalahan ingkar PKP.
"Awatlah (kenapalah) tak dengar cakap. Bukannya selalu sangat, sekali sekala diuji macam ni dah tak sabar. Tak tahan dah.
"Masyaallah, nasib baiklah masa PKP ni aku ada di Kuala Lumpur. Tak jadi orang Bagan Serai sekejap. Tidak, malu sungguhlah.
"Apa nak jadi orang Bagan Serai ni tak tau. Heran sungguh sampai tak dengar arahan. Tak dengar cakap.
"Depa nak dengar cakap siapa? Depa tak tahu ke arahan kerajaan itu wajib, kita sebagai rakyat wajib ikut. Bukan untuk depa, untuk kita. Heran sungguh-sungguhlah," katanya.
Aksi wanita itu mendapat respons positif dalam kalangan warga maya di mana mereka turut bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.
"Tudiaa...mak sapa marah dah nehh..hambat ngn kayu je cik oii..ketegaq sangat..katok pi sorang sedaih," tulis Aisha Malek.
"Nk buat macam mana makcik kiah. Depa pekak xboleh cakap apa haha," Hassan Basri Tam.
"Betoi makcik...ketegaq sungguh depa nie," Khalilah Bt Norsaid. - KitaReporters
0
0
0
0
0