DEMI ACEH: MARTUNIS RONALDO JUAL JERSI CR7!!
Published by
Ini kerana Martunis melelong salah satu jersi bola sepak yang paling disayanginya yang mempunyai tandatangan ayah angkatnya, Cristiano Ronaldo (CR) untuk membantu rakyat Aceh yang terjejas ekonomi dan sumber makanan ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan ekoran penularan Covid-19.
Lelongan dimulakan pada 12 April 2020 dan selepas tempoh lelongannya tamat petang Jumaat, 17 April 2020, dia mempunyai pembida termahal yang sedia membayar pada harga Rp180 ribu (kira-kira RM54,000).
Pembida itu dikenali sebagai Bong Candra, seorang ahli perniagaan dari Jakarta, namun mempunyai perniagaan bidang pelancongan di Menado, Sulawesi.
Bong Chandra telah mengirim wang sebanyak Rp180 juta tersebut kepada Martunis dan jersi itu akan dikirim secara pos ke Jakarta.
Tiga jersi yang diberi adalah yang pernah dipakai siap dengan tandatangannya sementara selebihnya jersi baru.
Jersi-jersi tersebut merupakan pemberian Ronaldo kepada Martunis ketika pertemuan kedua-duanya di Bali pada tahun 2013.
Kali pertama kedua-duanya bertemu ialah pada 2005 di Aceh beberapa bulan selepas tragedi tsunami.
Tidak lama kemudian Persatuan Bola Sepak Portugal membawa Martunis ke negara itu dan bertemu dengan beberapa anggota pasukan termasuk Ronaldo.
Pemergian Martunis Ketika itu ditemani ayahnya Sarbini dan Dr. Teuku Taharudin.
Pihak persatuan ketika itu menyampaikan sumbangan bernilai 40,000 Euro (kira-kira RM220,000) kerana Martunis memakai jersi Real Madrid bernombor 7 Ronaldo ketika hanyut dalam tsunami.
Sementara itu, menurut Martunis, dia melakukan sumbangan amal setelah melihat ramai masyarakat Aceh yang kehilangan pendapatan akibat pandemik virus Covid-19.
Untuk itu, Martunis mengumpulkan dana sumbangan melalui lelongan salah satu jersi Ronaldo ketika masih pemain Real Madrid.
Martunis mengaku berat untuk menjual jersi penuh kenangan itu, namun demi rakyat Acheh yang lebih memerlukan sumbangan dia sanggup berkorban.
Menyentuh pembida Bong Chandra yang sanggup membeli jersi itu Martunis mengucap terima kasih dan bercadang akan bertemu dengan Bong apabila dia datang ke Jakarta nanti.