Zahari korban gaji bantu penduduk terjejas kerana PKP, PKPB!
Published byTIDAK ramai
dalam kalangan penjawat awam yang sanggup mengorbankan gaji bulanan untuk membantu
golongan yang terjejas ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan kini memasuki fasa Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB). Diharapkan kisah ini akan mendorong lebih ramai untuk sama-sama #KitajagaKita. : KitaReporters
Zahari Mat (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk
Namun, pengorbanan yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan hanya ada pada individu yang benar-benar untuk melakukannya demi untuk kegiatan amal jariah dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan ketika berada dalam keadaan sukar.
Seorang penjawat awam dari Terengganu menjadi contoh terbaik kepada kakitangan awam lain kerana dia sanggup mengorbankan gaji bulanan yang diterimanya semata-mata untuk menolong golongan yang terjejas akibat PKP.
Zahari Mat,
38 dari Kampung Lubuk Kawah, Jertih, seorang pegawai kanan sebuah jabatan
kerajaan pusat membuktikan dia tidak lokek untuk membantu masyarakat yang
ketika ini memerlukan bantuan.
Zahari Mat, seorang Pegawai Kanan Kerajaan Pusat, sanggup mengorbankan gaji bagi membantu penduduk setempat.
Katanya, dia rela menggunakan perbelanjaan sebulan gaji yang diterimanya untuk membeli barang keperluan bagi membantu penduduk kampung yang terjejas kerana sedih dengan golongan terbabit terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Beliau
berkata, perasaan sedih dan sayu ketika
mendampingi masyarakat kampung mendorong beliau memberi sedikit pengorbanan
dengan menggunakan gaji bulanan untuk membeli pelbagai keperluan dan diagihkan
kepada penduduk.
Zahari Mat memunggah beras untuk diagihkan kepada penduduk
“Saya rasa terpanggil untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 kerana hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP,” katanya.
Beliau berkata,
usaha murni yang dilakukan itu tidak sedikit pun mengharapkan apa-apa balasan,
sebaliknya ia kerana ada rasa kasih dan kasihan untuk membantu mengikut kemampuan.
Setakat
ini, katanya, hampir 1,000 kampit beras sudah diagihkan kepada golongan yang
terjejas, sejak minggu pertama kerajaan mengenakan PKP.
Zahari menempah beras daripada seorang pengedar untuk diagihkan kepada orang ramai.
Selain beras, barangan keperluan asas lain termasuk barang dapur dan wang tunai turut diagihkan kepada komuniti tempatan.
Zahari
berkata, beliau bernasib baik kerana ada sukarelawan kampung yang sanggup
membantu mengagihkan barang keperluan terbabit kepada orang ramai.
Sikap
pemurah beliau yang turun padang membantu orang ramai mendapat penghargaan penduduk tempatan malah
ada yang mengelarkan beliau sebagai Yang Berhormat Kampung.
Sukarelawan menghantar beras kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut sumbangan Zahari
Zahari yang dianggap penduduk sebagai aktivis sosial sebelum ini adalah bekas pemimpin persatuan pelajar dan beliau sememangnya sejak dahulu lagi bergerak aktif dalam pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai
pegawai kanan jabatan kerajaan, Zahari juga banyak menjadi orang perantara antara
pemimpin NGO dan jabatan kerajaan untuk mendapatkan dana bagi pengurusan
persatuan termasuk Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persatuan
Belia dan Persatuan Kebudayaan di negeri ini.
“Pada masa ini, usaha memberi bantuan banyak dilakukan di daerah Besut dan Setiu dan jika ada kesempatan beliau berhasrat untuk menjelajah ke seluruh negeri Terengganu,” katanya.
Terima kasih Zahari Mat!! Semoga bertambah rezeki dan bertambah kebajikan. - KitaReporters
Seorang penduduk di Kampung Bukit Payung,Hulu Besut menerima sumbangan makanan daripada Zahari