KERANA terlalu fanatik untuk menguruskan badan dan mempunyai bentuk badan ideal, seorang wanita menemui ajal kerana diet yang keterlaluan. Ini telah dikongsikan Imi Aruz di Facebook kisah bagaimana kawannya meninggal dunia akibat diet yang keterlaluan. : KitaReporters


Menurut Imi Aruz, beliau mengenali seorang wanita yang berusia 41 tahun yang sangat paranoid dan takut gemuk.

"Masa baru kenal dia tak la kurus tahap tengkorak. Seiring waktu berjalan 2 tahun aku perasan dia makin kurus jalan pun makin tak bermaya.

"Dia ni rasa diri dia gemuk padahal tinggal kulit dengan tulang. Aku yg gemuk ni dia kata kurus dan dia selalu nak lanje aku makan sedangkan dia sendiri tak makan sangat. Korang nak tau diet dia apa???"

Dari perkongsian wanita ini, beliau hanya makan buah, sayur dan produk dari soya sahaja kerana dia takut pengambilan karbo (karbohidrat).

Lebih memeranjatkan, rutin harian dalam sehari, dua kali dia akan bersenam di gim iaitu pada jam 6.30 sehingga 9 pagi dan malam selepas pulang dari kerja sejam.

Bersenam tidak salah, tetapi dia makan tak cukup. 

"No sugar, no carbo freak sampai tahap mental."

Kredit foto: FB Diet Suku Suku Separuh (https://www.facebook.com/groups/2037093976619431/)


Suatu hari, pada 29 December 2019, wanita ini menemui kawannya ini tergolek di gim selama 2 jam tanpa ada orang perasan. 

"2 minggu aku jumpa dia lagi muka semua lebam. Aku tanya pe hal dia jawap jatuh lagi. 

"Again aku nasihatkan dia. Aku cakap aku worry pape jadi kat dia takde org tau sal dia tinggal sendiri. 

"Last dia kasi aku no adik dia dgn pesanan. IF YOU DONT SEE ME IN THE GYM FOR MORE THAN 2 DAYS PLS CALL THIS NO. AKU OK JE."

Akhirnya pada 26 Februari 2020, berita yang menyedihkan apabila kawannya telah ditemui maut di rumahnya.

"On the 26th Feb 2020 aku datang check site aku tanya budak guard aku apasal aku tak nampak dekni kat gim.

"Dah berapa hari budak-budak aku tak nampak dia on her daily gim rutin. Budak aku jawab dalam 2/3 hari.

"Apalagi aku terus suruh budak aku call no yang dia kasi. Dalam 1 jam parent dia sampai terus naik rumah dia."

Kredit foto: FB Diet Suku Suku Separuh 


Apa yang sedihnya dia dah jadi mayat. Dah hitam dah mayat dia mata terbukak terbaring dalam rumah.

"PLEASE! Jangan sampai jadi PARANOID TAKUT MAKAN CARBO DAN SUGAR.

"Maaf aku bukan pakar diet aku sendiri sedang cuba diet dah try a few diet plans, tapi bila aku handle kes dekni aku mula berfikir untuk ubah dan belajar cara diet yang betul dan sihat. 

"Maaf dalam kita sibuk nak kurus kadang kita tak sedar kita jadi paranoid sampai jadi mental illness.

"Satu lagi sape yang percaya diet tanpa senam sehari kena minum air sampai 3-4L korang fikir dan selidik baik-baik. 

"Minum ikut kadar activiti kita. Kalau tak senam togok air je akan menyebabkan darah jadi dilute cair they call it HYPONATREMIA (overhydration) dan kesannya garam dan electrolytes dalam badan akan menjadi cair dan sodium jadi rendah. 

"Kematian dari Hyponatremia jarang berlaku tapi boleh terjadi." 

Semoga perkongsian wanita ini dapat menyedarkan kita semua agar menjaga kesihatan diri dan jangan terlalu taksub untuk menguruskan badan sehingga menyeksa diri dan meninggal dunia. - KitaReporters

4
1
1
0
1

Copy Link: