PRIHATIN dengan nasib rakyat memang menjadi tugas dan tanggungjawab seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lebih lebih lagi semasa pandemik Covid 19 yang sedang berlaku sekarang. Lantaran itu, ADUN Lintang, Datuk Zulkafly Harun sentiasa mencari masa yang terluang untuk terus membantu rakyat. : KitaReporters




Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Felda:

https://kitareporters.com/search?search=felda


Keprihatinan Zulkafly, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Air, Tenaga dan Infrastruktur Perak, terserlah dengan mengambil segala daya usaha memastikan rakyat di kawasannya terasa lega dengan bantuan yang disampaikan.

Di Felda Lasah, Sungai Siput Utara, Perak, lebih daripada 20 kotak Bantuan Kotak Makanan disampaikan kepada yang mereka yang memerlukan.

"Ia sebahagian daripada 600 kotak makanan yang disediakan untuk membantu rakyat di kawasan DUN Lintang," katanya ketika menyampaikan pengagihan kotak makanan di Felda Lasah pada 27 Disember 2020.




Di samping pengagihan kotak makanan Zulkafly juga melakukan program ziarah kasih kepada warga emas yang uzur di Felda Lasah.

Selain itu, beliau turut mendengar dan mempertimbangkan permohonan warga Felda Lasah supaya levi syarat nyata tanaman kepada lebih 250 peneroka Felda Lasah dapat dihapuskan atau dikurangkan.

"Buat surat permohonan atas nama JKKR Felda Lasah dan hantar melalui saya untuk pertimbangan Menteri Besar Perak," katanya lagi.

Jika ia berhasil  sudah tentu ia menjadi suatu kelegaan kepada peneroka Felda Lasah.


Zulkafly Harun (dua dari kiri) mendengar aduan penduduk selepas majlis pengagihan bantuan kotak makanan untuk mereka yang memerlukan di Felda Lasah, Sungai Siput Utara, Perak pada 27 Disember 2020.


Selain itu, Zulkafly prihatin dengan masalah banjir yang berlaku terutama di jalan masuk utama ke Felda Lasah.

"Saya bercadang untuk meninggikan jalan masuk tersebut supaya apabila berlaku banjir atau air naik ia tidak menghalang lalu lintas," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membina jalan yang lebih baik ke kawasan kolam ikan yang diusahakan warga Felda Lasah.

Semoga dengan permohonan dan cadangan ini akan memajukan Felda Lasah. - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: