MEMBELI sehelai gaun mewah pasti memerlukan kos yang mahal. Menyedari ‘kekurangan’ keluarganya, seorang remaja lelaki sanggup bersengkang mata beberapa hari bagi menghasilkan sehelai gaun labuh istimewa kepada kakaknya yang berhasrat menghadiri majlis tari-menari anjuran sekolah. : KitaReporters

Maverick Francisco Oyao sanggup merealisasikan gaun kepada kakak yang mahu menghadiri malam tari-menari anjuran sekolahnya di bandar Zomboanga, Filipina, baru-baru ini. - Foto FB Maverick Francisco Oyao. (https://www.facebook.com/melvinmaverick.oyao)


Katanya, jika dibeli di kedai atau menyewa di butik pasti memerlukan wang yang banyak.

Lagi pun ibu bapa tidak mempunyai wang yang cukup mmandangkan keluarga mereka hanya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Remaja lelaki dari bandar Zamboanga, Filipina, Maverick Francisco Oyao sanggup mencari idea di Google selain menonton video di YouTube tentang cara membuat gaun sendiri.

Malah, dia mengambil inspirasi daripada pereka terkenal, Michael Cinco untuk menghasilkan gaun cantik kepada kakaknya, Lu Asey.

Lakaran awal oleh Maverick yang diinspirasikan menerusi rekaan pereka fesyen terkenal, Michael Cinco .


Maverick memberitahu pada peringkat awal dia turut merasa tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk menghasilkan gaun.

Namun mengenangkan kakak kesayangan yang sangat meminati untuk menyertai malam prom anjuran sekolah membuatkan dia nekad menyiapkan gaun berkenaan.

Jadi bagi merealisasikan impian kakaknya, Maverick akhirnya memutuskan untuk membuat sendiri gaun untuk kakaknya.

Kuntuman bunga putih yang diserikan di atas gaun yang dihasilkan secara 'DIY' oleh Maverick. 


Malah dia juga dibantu oleh kakaknya sendiri, bersama ibunya bagi menyiapakan gaun labuh berkenaan.

“Setelah desakan kakak, saya memutuskan untuk memulakan misi baru saya,” katanya yang dipetik oleh portal boredpanda.com

Gaun tersebut dihasilkan dengan menggunakan kain satin berwarna biru yang digandingkan dengan reben satin bersilang putih.

Lebih menarik, bagi menambahkan seri di gaun berkenaan dia turut menampalkan kuntuman bunga putih dan manik di bahagian bawah gaun berkenaan.

Maverick memilih kain satin berwarna biru  untuk dijadikan gaun kepada kakaknya, Lu Asey.


Selain itu, untuk bahagian lengan pula dia telah mencipta lengan bercorak sirip untuk menambah seri pada gaun tersebut.

Dia kemudian telah memuat naik gambar hasil rekaannya di Facebook dan ramai netizen yang memuji ‘kerjanya’ .

Mereka bukan sahaja teruja melihat gaun cantik itu malah ramai juga yang tersentuh kerana sanggup melakukan semua dengan cara ‘DIY’ demi kakaknya.

Benar kata pepatah, air dicincang tidak akan putus, sama seperti Maverick, walaupun sukar namun tetap diusahakan demi yang tersayang.

Jom kita saksikan video hasil kerja tangan untuk kakak kesayangan. - KitaReporters


5
21
0
0
0

Copy Link: