Pembunuhan dan keganasan terhadap wanita yang dilaporkan dalam media sepanjang lapan bulan dalam tahun ini amat membimbangkan. 

Yang terkini kita digemparkan dengan pengesahan mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember 2023 lalu adalah disahkan milik seorang guru wanita yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Johor Bahru di percayai dibunuh oleh lelaki yang mengenalinya. 

Kes-kes pembunuhan ngeri dan keganasan melampau terhadap wanita nampaknya semakin membimbangkan.

Mungkin banyak lagi kes-kes keganasan terhadap wanita yang tidak dilaporkan kerana beberapa faktor yang hanya mangsa sahaja yang tahu, mengapa mereka masih bertahan walaupun sudah terlalu kritikal hubungan mereka. 

Malah dalam laporan PDRM, kes keganasan terhadap wanita yang paling kerap adalah keganasan yang dilakukan oleh pasangan wanita berkenaan seperti suami, bekas suami, kekasih, bekas teman lelaki dan lelaki yang rapat dengan wanita berkenaan. 



Berikut adalah antara laporan media mengenai keganasan dan pembunuhan terhadap wanita yang berlaku sejak 8 bulan lalu dalam tahun ini (2024). 

  1. Disember 2023-Januari 2024 - Seorang wanita bernama Bella, dilaporkan hilang di Johor dan rangkanya ditemui beberapa bulan. Tertuduh adalah kekasihnya.
  2. Februari 2024 - Seorang wanita warga Thailand ditolak jatuh dari balkoni tingkat 23 di Setia Alam, terdapat video rakaman tular. Tertuduh adalah kekasihnya.
  3. Jun 2024- Seorang wanita Nisya Syahkila ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di Hotel Batu Gajah. Tertuduh adalah suami mangsa.
  4. Jun 2024 - Seorang wanita yang baru melahirkan anak dibelasah oleh suaminya di Port Dickson kerana menyerbu suaminya curang di hotel.
  5. Julai 2024 - Mayat Nur Farah Kartini ditemukan mati di Hulu Selangor. Tertuduh adalah kenalan mangsa.
  6. Ogos 2024 - Seorang isteri ditemui merangkak dari gaung setelah diugut, dicekik dan ditolak oleh suaminya.
  7. 12 Ogos 2024 - Mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemukan di dalam tong sampah 31 Disember 2024 lalu disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi, seorang guru wanita yang hilang sejak 8 bulan lalu



Mungkin kita masih ingat kisah keganasan wanita yang pernah menggemparkan masyarakat beberapa tahun lalu. Kisah kejadian ngeri yang menggemparkan negara  pada April 2021, apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma. 

Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut rupanya sedang hamil anak sulung mereka dan ketika itu usia kandungan memasuki 8 minggu. 

Akibat dibelasah teruk, Jahidah Nordin, 43, mengalami kecederaan parah terutama pada bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma sehingga ke hari ini. Jahidah telah selamat melahirkan anak pada disember 2021 yang lalu dalam keadaan dirinya yang masih koma.

Juga kisah seorang lelaki yang membunuh kekasihnya untuk menyembunyikan kehamilan teman wanitanya yang berlaku di Kuala Selangor pada tahun lalu (2023).  

Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023. 

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca wanita itu dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar oleh teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.


Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor


Apa yang jelasnya sifat wanita yang mudah mempercayai lelaki tidak kiralah suami, teman biasa atau teman lelaki boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan yang boleh membahayakan diri dan mungkin membawa maut. 

Menurut seorang peguam Nor Zabetha Muhamad Nor, beliau bimbang dengan kejadian seumpama ini , yang tidak mustahil akan terus berulang lagi jika wanita sendiri tidak peka terhadap keselamatan mereka dan mereka gagal mengambil langkah-langkah tertentu untuk keselamatan diri mereka.   

Beliau menasihatkan wanita agar sentiasa berhati-hati dan jika ada gerak hati sesuatu buruk akan terjadi, atau mereka sedang  berada dalam situasi yang membimbangkan ini, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan.

"Wanita perlu ada kekuatan untuk bertindak. Cari sistem sokongan, tanya pada yang tahu dan ambil langkah. Ada ketika, mangsa rasa sistem keadilan tidak membantu, kerana mereka takut dan bimbang mereka tidak dilayan atau mereka sendiri berada dalam dilema," katanya lagi . 

Nor Zabetha juga memberitahu ada ketikanya mangsa takut untuk meminta bantuan. Dalam situasi begini mereka dinasihatkan berjumpa NGO yang boleh membantu, dan mencari saluran yang betul. 

"Jangan bimbang pasti ada manusia baik yang membantu. Jangan bertangguh kerana bimbang keadaan semakin meruncing nanti," katanya lagi.



Beliau juga menasihatkan wanita,  jika dalam sesebuah perhubungan sudah mula ada 'red flag' (tanda amaran/bahaya), umpamanya sikit-sikit pukul, tiba-tiba cekik, pijak, terajang dan maki hamun, atau ugut hendak mencederakan, bakar atau bunuh, maka jangan tunggu lagi.

Bimbang perbuatan begini, hanya menunggu masa dia hilang pertimbangan dan melakukan sesuatu yang lebih buruk, jelas beliau.

"Kita tahu, itu bukan normal tapi masih ada wanita yang sanggup tunggu dan mengharapkan pada pengakhiran kisah cinta dongeng. Perlu diingat keganasan dan ugutan bukan lagi tanda sayang dan bukan cinta, itu sesuatu yang perlu dielakkan dan itu adalah petanda mereka harus mengambil langkah keselamatan diri dan jangan tunggu lebih lama," katanya.

"Wanita jangan jadi buta dan salah tafsir terhadap istilah kasih sayang dan cinta.  

"Justeru wanita perlu ajar anak-anak merekabahawa memang benar sebuah rumah tangga itu memerlukan pergorbanan, sabar dan toleransi tetapi jangan sampai buta menilai kasih sayang dan cinta pasangan sehingga memakan diri sendiri " pesan Nor Zabetha. - KitaReporters

7
7
0
11
0

Copy Link: