Video| Apa dah jadi? Teruja nak berbuka minum air sirap laici! Bila tiba waktu warna merahnya hilang!
Published byKalau berkunjung ke bazar Ramadan, saat melihat air balang pelbagai jenis dijual sangat menguji iman. Pelbagai warna dan rasa. Pilih sahaja yang mana satu dan penjual sedia melayani anda.
Tapi ingat pesanan pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah, kalau boleh berbukalah dengan air kosong. Namun, sekali-sekala minum air manis apa salahnya.
Kalau anda malas ke bazar atau kurang keyakinan akan tahap kebersihan air minuman yang dijual itu, buat sahaja sendiri di rumah. Bukan susah sangat pun.
Kalau tiada idea atau tak pandai, ikut sahaja resipi air yang dikongsi oleh pempengaruh terkenal, Khairulaming. Selesai masalah!
Namun apa yang berlaku ke atas seorang wanita ini agak pelik dan sesuatu sangat! Dia berkongsi pengalamannya membuat air sirap laici tetapi ada sesuatu yang berlaku membuatkan dia dan suami tertanya-tanya.
Pengalaman tersebut dikongsinya dalam TikTok. Mana tahu, mungkin ada netizen yang tahu jawapannya.
Menurut wanita tersebut, dia tertanya-tanya kenapa air sirap laici yang dibuatnya tiba-tiba hilang warna merahnya. Malah, dua kali dia cuba letak sirap tetapi kejadian tersebut berulang.
“Punyalah teruja
hari ini nak berbuka minum sirap laici, alih-alih nak masukkan air batu, tengok-tengok
sirap dah hilang. Sesiapa boleh jelaskan tak? Aku tengok di bazar tu elok je
dia buat sirap laici.
“Mengadulah pada suami, suami cakap sayang mungkin lupa nak bubuh sirap. Eh tak, betul-betul letak tadi. Tiada apalah dia kata, kita cuba kali kedua. Kemudian hasilnya pun sama. Jadi, masing-masing rasa macam boleh ke minum ni?
"Agaknya dia punya pemutih laici tu kuat sangat. Minum ni dengan kita-kita boleh putih. Tiba!’ ceritanya berkongsi pengalaman.
Dalam video yang dikongsi itu, jelas kelihatan sirap laici yang berwarna merah akhirnya bertukar menjadi putih. Hilang entah ke mana warna merahnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai teori dan pandangan. Penulis tertarik dengan penjelasan seorang netizen.
“Pewarna itu hilang disebabkan pH air laici tu berasid atau berlaku oxidation yang buatkan elektron warna merah tu terurai. Biasanya kalau guna pewarna semula jadi, ia sedikit sensitif berbanding pewarna artificial/kimia.
"Nak terangkan, panjang. Tetapi tak bahaya dan selamat diminum. Cuma, tambah balik pewarna sirap tu untuk warna,” jelas netizen tersebut.
Berbeza pula pengalaman seorang netizen. Kalau yang ini bertukar menjadi putih, dia pula buah laicinya bertukar menjadi merah. Mungkin terlebih bubuh sirap sebab itu buah laici bertukar menjadi merah.
“Yang aku pula buat sirap laici bukan warna sirap tu hilang, buah laici putih bertukar jadi warna merah, normalkan?” tulisnya.
Manakala seorang
lagi netizen, menceritakan kejadian yang hampir serupa. Namun kali ini bukan air
sirap laici tetapi sirap bandung cincau.
“Kebetulan sis. Saya ada isu yang sama cuma air beza. Saya buat bandung cincau berbuka semalam. Tak habis saya simpan di dalam peti sejuk. Pagi tadi buka peti tengok yang ada di dalam jag air hanya susu dan cincau sahaja,” ceritanya kehairanan.
Macam-macam cerita dan ragam sepanjang bulan puasa kali ni. Mujur penulis tak pernah lalui pengalaman tersebut.
Penulis hanya minum air kosong ketika berbuka. Kadang-kadang sahaja minum air manis itu pun menggunakan pemanis kurang kalori. Nak kuruslah katakan! - KitaReporters