Video| Demi nama baik ibu! Adik sanggup jadi pengantin! Ganti kakak yang lari! Masih di Tingkatan 3!

Published by
KitaReporters
.


Demi menunaikan hajat orang tua untuk bermenantukan lelaki bernama Asdar. Imelda Handayani, 15, yang masih belajar di Tingkatan 3 sanggup menjadi pengantin menggantikan kakaknya, Wirda.

Wirda yang enggan berkahwin dengan Asdar lari sehari sebelum majlis akad.


Kerana malu memandangkan urusan akad dan majlis persandingan sudah dirancang menyebabkan orang tua memujuk si adik untuk menggantikan tempat si kakak.

Walaupun masih berusia 15 tahun dan masih di Tingkatan 3, namun kerana tidak mahu membantah permintaan orang tua membuat Imelda sanggup menjadi pengganti ganti.


Si ibu dan anaknya, Wilda merantau ke Kalimantan untuk bekerja. Dan di sana si ibu tertarik dengan perwatakan lelaki bernama Asdar yang juga perantau dari Sulawesi.

Si ibu ingin menjodohkan Asdar dengan anaknya Wilda. Lamaran dibuat di Kalimantan, sementara majlis akad dan resepsi pula dirancang dibuat di Sulawesi.

Imelda sanggup berhenti sekolah dan berkahwin dengar Asdar bagi menggati kakaknya

Namun Wilda tidak ada perasaan dengan Asdar. Lalu setelah sampai di Sulawesi dan majlis akad sudah tinggal sehari sahaja, Wilda nekad melarikan diri.

Orang tua Wilda panik apabila si anak lari sedangkan majlis akad nikah dan resepsi sudah dirancang dan sejumlah tetamu telah diundang.

Lalu si emak memujuk anaknya Imelda Handayani untuk mengganti tempat kakaknya. Walaupun masih muda dan masih di Tingkatan 3, namun sebagai anak yang patuh, Imelda bersetuju.


Dan pihak keluarga Asdar setelah bertemu dengan Imelda juga bersetuju dijadikan menantu. 

Lalu majlis akad dan resepsi berlangsung meriah pada  pada Selasa, 11 Februari 2025 di Desa Paitana Kecamatan Turatea, Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan.

Setelah berkahwin Imelda berhenti sekolah dan mengikut suaminya kembali bekerja di Kalimantan.


Majlis perkahwinan ini tular setelah pertama kali dimuat naik Facebook Nars Dontu Vecek dan dimuat ulang oleh sejumlah media sosial. 

Ia mendapat pelbagai pandangan daripada para netizen. Ada yang memberi pujian Imelda sanggup berhenti sekolah dan mengganti kakaknya.

Namun tidak kurang yang tidak bersetuju dengan langkah Imelda berhenti sekolah untuk berkahwin. - KitaReporters

17
20
0
17
0

Copy Link: