Kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sentiasa dinanti-nantikan.

Setiap tahun menjelang pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa dan Hari Raya Aidilfitri satu perkara yang tidak pernah gagal mencuri perhatian rakyat Malaysia ialah warna baju Melayu yang akan dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Keunikan dan misteri di sebalik pemilihan warna baju beliau telah menjadi satu budaya tidak rasmi yang mencetuskan pelbagai spekulasi serta ramalan dalam kalangan rakyat.

Ramai yang percaya bahawa warna baju yang digayakan oleh Syed Danial memberikan ‘petunjuk’ mengenai keputusan tarikh penting itu.


Warna baju dari 2011 hingga 2018.

Sebagai contoh, ada yang berpendapat bahawa jika beliau mengenakan pakaian berwarna gelap ia menandakan anak bulan sukar kelihatan dan puasa atau raya mungkin ditangguhkan sehari begitu juga sebaliknya jika beliau berpakaian dalam warna cerah ramai yang teruja dengan jangkaan bahawa esoknya merupakan permulaan ibadah puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Namun pada era digital ini, teka-teki mengenai warna bajunya bukan sahaja menjadi bualan di kedai kopi dan ruang keluarga malah ia turut mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial.

Pelbagai teori dan ‘kajian’ dibuat oleh netizen dengan ada yang cuba meneliti corak pemilihan warna dari tahun-tahun sebelumnya untuk meramal warna baju yang bakal dipakai pada pengumuman seterusnya.


Antara warna baju yang dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tahun 2015-2020.


Walaupun tiada kenyataan rasmi yang mengaitkan warna baju dengan keputusan pengisytiharan tarikh penting ini, budaya rakyat Malaysia yang gemar menafsir dan mencari makna tersirat dalam setiap perkara menjadikan fenomena ini semakin menarik dari setahun ke setahun.

Mungkin ia sekadar satu kebetulan atau mungkin juga ia satu tradisi yang disengajakan bagi menambahkan elemen keterujaan menjelang pengumuman rasmi.

Apa pun warna baju beliau satu perkara yang pasti ialah apabila Syed Danial melangkah masuk ke hadapan kamera seluruh rakyat Malaysia akan menanti dengan penuh debaran bukan sahaja untuk mendengar pengumuman rasmi tetapi juga untuk melihat warna baju yang dipilihnya tahun ini (2025).

Sejauh mana warna baju itu benar-benar memberi petunjuk hanya beliau yang mengetahui, namun selagi tradisi ini berterusan, teka-teki dan keterujaan rakyat Malaysia pasti tidak akan berakhir. - KitaReporters


Warna apakah pula kemunculan Tan Sri pada tahun 2025 nanti.
13
13
0
10
0

Copy Link: