Ini baru Malaysia Madani! Atuk ini petah sangat berbahasa Tamil! Tak malu belajar sejak dari kecil!
Published byAda antara kita yang malu untuk bercakap dalam bahasa ibunda dan lebih mementingkan bahasa Inggeris sahaja. Bukan itu sahaja ada juga yang beranggapan kita akan nampak bijak dan hebat jika bercakap dalam bahasa tersebut.
Kerana itu, ramai antara kita yang berbangga untuk mengajar anak menjadikan bahasa Inggeris bahasa utama.
Tanpa kita sedar mereka sudah tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Jika begini generasi pada masa akan datang tidak langsung pandai berbahasa ibunda.
Baru-baru ini tular sebuah video dalam media sosial apabila seorang atuk tersebut dilihat sangat fasih berbahasa Tamil. Beliau bercakap dalam bahasa Tamil sama seperti masyarakat India tanpa pelat.
Rupa-rupanya beliau telah dibesarkan di estet, oleh itu banyak berkawan dengan bangsa lain dan mempelajari bahasa Tamil sejak dari kecil lagi tanpa pernah malu.
Rata-rata netizen yang melihat video ini memuji atuk ini kerana fasih berbahasa Tamil. Mereka juga berkongsikan bahawa keluarga mereka juga boleh bercakap bahasa lain kerana berkawan dengan pelbagai bangsa.
Ini adalah keunikan rakyat Malaysia yang perlu dibanggakan menurut seorang netizen kerana kita di Malaysia berbilang kaum dan agama. Namun semua bersatu hati di sebuah negara. - KitaReporters