KERAJAAN patut mewajibkan semua pemandu kenderaan menyimpan alat pemadam api dalam kereta supaya dapat bertindak awal menyelamatkan nyawa penumpang dan melambatkan kenderaan mereka daripada terus hangus terbakar

Malah alat pemadam berkenaan juga dapat digunakan untuk membantu pemandu kenderaan lain di jalan raya.

Seorang netizen dengan nama Arios menyarankan cadangan demikian dalam komennya bagi mengulas kejadian kereta terbakar yang meragut nyawa seorang penumpang wanita dalam nahas ngeri membabitkan lori seberat 5 tan dengan tiga kenderaan lain yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sedenak, Kulai di Johor pada 14 Oktober, 2022.

Beliau juga memberitahu sehari sebelum itu berlaku juga, satu kemalangan yang hampir sama turut berlaku di kawasan itu membabitkan seorang pemandu yang berdepan dengan keretanya terbakar.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan-kemalangan maut



Seorang lain netizen, Mohd Faidzal berkata zaman sekarang lebih baik kena banyak duduk di rumah saja kerana jalan raya itu memang tempat maut.

"Lebih-lebih lagi lebuh raya Pagoh-Yong Peng dan Sedenak memang highway berpuaka, orang Johor kata," komen Faidzal lagi sambil dibalas komennya oleh seorang lagi netizen, Taiko Taiko bahawa lebuh raya di negara ini bukan lagi menjadi tempat yang selamat kerana jika ada pemandu yang berhemah pun, lori besar sondol juga dari belakang.

Mohd Faidzal berkata apa-apa saja boleh berlaku di atas jalan yang kadangkala berpunca daripada stres dan dia mengingatkan pemandu supaya menggelak menggunakan jalan raya pada waktu malam. 

"Jalanlah waktu siang dan sebelum bergerak baca doa banyak-banyak," kata Salmah Kaus pula.


Kredit foto: Buzzkini


Sementara itu kali terakhir, 14 jam sebelum kejadian, mangsa Nurul Nazihah Kamalul Ariffin, 28, atau dikenali sebagai Azi muat naik video dalam TikTok, dia dan suaminya, Redzuan Jamil, 28, sedang dalam perjalanan dari Kluang ke Gelang Patah kerana urusan insurans takaful. 

Dalam catatannya, Allahyarham memohon supaya dipermudahkan urusan mereka sambil berpesan kepada warga TikTok yang berminat memiliki kad perubatan dan hibah agar "Meh, roger husband kita boleh berbincang sampai kasi jadi."

Sementara itu, Redzuan berkata, isterinya sentiasa menemaninya kerana tidak bekerja dan setiap kali dia menemui pelanggan, arwah akan sentiasa ada di sisi. Mereka macam belangkas sejak usia perkahwinan sudah tiga tahun dan belum dikurniakan anak.

"Awak keluar dulu," itu kata-kata terakhir arwah kepada Redzuan yang sebelum itu, berusaha mengopak cermin depan dan pintu penumpang tetapi gagal. 

Ketika itu juga, enjin meletup dan selepas diselamatkan oleh pengguna lebuh raya itu, kelihatan video beliau menjerit memberitahu arwah isterinya: "Sumpah, saya tak tinggalkan awak Yang. Allah, Allahuakhbar, bini saya," berkali-kali yang meruntum jiwa segenap orang yang menonton video yang tular sejak kejadian itu.



Sebelum itu, ayah arwah Nurul, Kamalul Ariffin Ahmad, berkata anaknya memang sangat tegas apabila membabitkan soal-soal agama dan dia yang turut membantu mengatur perjalanan mereka sekeluarga menunaikan umrah pada 28 September 2022.

"Mula-mula saya ingatkan kemalangan kecil saja. Sebab itu apabila melihat kereta itu terbakar saya tidak boleh bayangkan bagaimana mangsa pada saat itu.

"Akhirnya luluh hati apabila mengetahui anak saya yang terlibat dalam kemalangan ini dan saya tak tertahan mendengar menantu merintih pilu. Paling sedih ibunyalah kerana mereka sangat rapat.

"Saya reda dan bersyukur kerana jasad anak saya utuh dengan duduk di kerusi depan penumpang," katanya.


Kredit foto: TV AlHijrah


Rakan-rakan yang mengenali arwah antaranya Beautywonder-ayu, berkata semoga tenang sahabat di sana dengan disambut komen oleh eila-zukarnain dengan kata-kata, "Cantiknya, bidadari syurga ni.. berseri2."

Awal.Ida dalam Tik Tok pula memberitahu, "Dukacita dimaklumkan lelaki dalam video klip kebakaran kereta di highway yang menyayat hari di media sosial sejak malam tadi adalah sahabat Agency kami. Dukacita juga dimaklumkan isteri beliau, Nurulnazirah telah syahid (InShaAllah) dalam kemalangan tersebut." - KitaReporters


Kredit foto: MyKMU

22
12
0
10
0

Copy Link: