Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi yang akan berusia 60 tahun pada 5 November 2022, adalah antara insan seni yang gemar melakukan kerja amal dan menggunakan laman sosialnya untuk menarik orang ramai menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pada hujung Julai 2022 lalu, Aznil menyerahkan dana sumbangan kepada Zamani Ibrahim, 51, sebanyak RM122,000 yang dikumpul dalam tempoh kurang 32 jam untuk kos pembedahan pada November 2022 ini yang dianggarkan RM80,000 hingga RM90,000.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Zamani Slam


Menyedari bahawa penyanyi kumpulan Slam ini akan berehat panjang bagi pemulihan sepenuhnya, Aznil kini melancar ‘tabung khas’  selepas ‘Konsert Doa Buat Zamani Unplugged' di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat malam, 30 September 2022.

Pak Nil yang menjadi juruacara bagi konsert itu pada akhir persembahan melancarkan ‘tabung khas’ tersebut dengan memberi nombor akaun MBB-nya 564735809375.

Aznil berharap  penonton yang menyaksikan konsert unplugged itu dapat menyebarkan nombor akaun itu.


/

Pak Nil  mengumumkan pelancaran 'tabung khas' selepas konsert unplugged berakhir.



Walaupun ‘tabung khas’ itu hanya untuk 24 jam selepas konsert berakhir, namun Aznil mungkin akan memanjangkan tempohnya.

Sebagai langkah permulaan, Pak Nil melelong beg peribadi jenama Louis Vuitton (LV) pada harga RM15,000. Tidak sampai 20 minit lelongan dijalankan, Dr Fitri Haris yang dijemput bagi membaca doa bagi konsert unplugged itu akhirnya memenangi lelongan itu.

Penyanyi nasyid yang kembali menganggotai kumpulan UNIC ini bersetuju membeli beg itu dengan harga tawaran itu setelah mendapat persetujuan isterinya.


Zamani terus berdendang tanpa merasakan keperitan tulang belakangnya


Tambah Dr Fitri Haris, dia memang peminat Pak Nil dan Zamani. Dan menganggap pembelian lelongan itu sebagai sumbangan agar Zamani dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Dr Fitri terharu melihat kesungguhan Zamani untuk menyanyi dalam kesukaran. 

Konsert Unplugged itu  turut dijayakan oleh beberapa rakan artis iaitu Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff yang menyanyi secara solo dan berduet dengan Zamani.




Konsert anjuran Indera Entertainment turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Segmen lelongan ini menjentik emosi penonton apabila  Zamani menyanyikan lagu ‘Namun Ku Punya Hati’ sambil menangis.

Kesedihan ini turut dikongsi oleh Aznil, Rahim Maarof, Fauziah Latiff dan penganjur Aalan Ahmad yang turut bersamanya di atas pentas. Malah, ada dalam kalangan penonton turut menitiskan air mata dengan persembahan Zamani. - KitaReporters


13
9
0
12
0

Copy Link: