Video| Lawak gila! Gigi palsu punya pasal! Beli online! Ramai terhibur tengok aksi lelaki buat review!

Published by
KitaReporters


Zaman teknologi kini, boleh dikatakan semua kerja membeli-belah jadi mudah. Hanya di hujung jari, apa yang anda inginkan semuanya boleh didapati. 

Pelbagai platform atau aplikasi membeli-belah tersedia. Buka telefon pintar dan klik mengikut arahan, dalam beberapa hari barang yang dibeli sampai di hadapan rumah. Senang bukan?

Selain mudah, faktor harga yang murah dan pelbagai jenis barang tersedia membuatkan ramai ketagih dengan kaedah membeli-belah zaman moden ini. 

Apa sahaja barang yang terlintas dalam fikiran anda, semuanya ada dijual.



Namun, setiap kemudahan itu ada pro dan kontra. Andai tidak bijak, terkadang termakan jerat scammer yang mengambil kesempatan. Kalau bukan scammer pun, ada kalanya kita tertipu dengan taktik overclaim atau dakwaan melampau terhadap produk yang dijual.

Namun, gelagat seorang lelaki bersama isterinya ketika membuat review (ulasan) tentang gigi palsu yang dibeli secara online (dalam talian) mengundang gelak tawa orang ramai. Rata-rata terhibur melihat hasil pemakaian gigi palsu yang dibeli itu.



Video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama Fiezan Nentenen itu telah mendapat sebanyak hampir 1 juta jumlah tontonan dan 18.1k tanda suka.

Dalam video tersebut, kelihatan sepasang suami isteri sedang membuat ulasan mengenai gigi palsu yang dibelinya secara online

“Hai gais! Alhamdulillah termakbul juga niat aku nak beli gigi palsu. Lepas ni gigi aku tak rongak lagi,” kata lelaki tersebut.



Namun, aksinya memakai gigi palsu tersebut telah mengundang gelak tawa daripada netizen. 

Dalam video itu kelihatan dia mencuba gigi palsu tersebut. Tetapi hasil yang diperolehi setelah mencuba, sangat melucukan. 

Gigi palsu tersebut kelihatan tidak sesuai dengannya. Malah, dia dan isterinya turut sama ketawa kerana merasakan gigi palsu itu membuatkannya kelihatan lucu.




“Maaf ya tergelak sampai terguling-guling disebabkan gigi palsu ni. Walaupun tengah putus cinta, terima kasih buat lawak,” tulis salah seorang netizen.

Manakala ada seorang netizen menyarankan mereka merendam dengan air panas terlebih dahulu gigi palsu tersebut.

“Kena rendam dengan air panas dulu untuk lembutkan. Apabila dah sejuk sikit baru pakai supaya dapat ikut bentuk gigi si pengguna. Sakit perut ketawa,” sarannya. - KitaReporters


21
20
0
18
0

Copy Link: