WOW! BELI KERETA NISSAN BOLEH MENANG RUMAH!
Published byTUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… segalanya bergantung kepada rezeki.
Anis Ismarini Ismail (dua dari kanan) yang membeli Nissan X-Trail 2.0L menerima hadiahnya baru-baru ini.
Siapa sangka gara-gara mahu meraikan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan pendaftaran pembelian sebuah kereta Nissan, 10 orang bertuah berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kerusi urut Gintell DeSpace Star bernilai RM13,988.
Penyampaian hadiah kepada 10 pemenang tersebut diraikan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selaku penganjur kempen “Festive Bonanza Hari Raya’ yang dianjurkan sepanjang bulan Mei hingga Jun 2019 lalu, baru-baru ini.
Turut menerima hadiah ialah keluarga Muhammad Zaky Ab Alim yang membeli Nissan Serena 2.0L S-Hybrid.
Senarai pemenang yang mendaftar untuk pembelian kereta sepanjang kempen berlangsung terdiri dari nama-nama berikut:
NAMA | MODEL NISSAN YANG DIBELI |
Anis Ismarini Ismail @ Ibrahim | X-Trail 2.0L |
Muhammad Zaky Ab Alim | Serena 2.0L S-Hybrid |
Chow Huey Ling | X-Trail 2.0L Hybrid |
Chee Soon Beng | Serena 2.0L S-Hybrid |
Cheah Weng Sang | X-Trail 2.0L |
Syaiful Azlan Shafiee | Navara 2.5L |
Mahavisnam A/L Rajoo | Navara 2.5L |
Rosliza Hassan | Navara 2.5L |
Muhammad Saifuzan Sapili | Navara 2.5L |
Aniq Irsyaduddin Johari | Almera 1.5L |
(Gambar atas) Chow Huey Ling dan (gambar bawah) Chee Soon Beng turut menerima hadiah kemenangan sebuah kerusi urut Gintell masing-masing baru-baru ini.
Sebagai ‘bonus’, mereka layak untuk menyertai peraduan utama 'Beli Kereta Menang Rumah', di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000 di The Era, Duta North Kuala Lumpur.
Wow! Hebatkan… beli kereta dapat pula rumah … lengkap segala hidup... tak apatah lagi jika pemenang itu pengantin baru. Tentu ‘happy’ teramat…
Peraduan yang merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. ini bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.
Malah berita baiknya mana-mana pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh berkenaan turut layak menyertai peraduan di samping 10 pemenang terawal tadi.
Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019 yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.
Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan Leaf serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.