MISTERI kehilangan seorang pemuda yang keluar memancing sejak empat hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa berusia 17 tahun ditemukan terapung dan tersangkut di pohon buluh di pinggir sungai Kampung Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada Khamis 7 Januari 2021. : KitaReporters


MAYAT Wan Amirul Afiq Wan Rosdi (bulatan merah) ditemukan terapung serta tersangkut di pokok buluh di sungai Kampung Hulu Seladang, Setiu, Terengganu pada pagi 7 Januari 2020. - Kredit Foto: Ihsan Orang Awam


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan mati lemas:

https://kitareporters.com/search?search=mati+lemas


Sebelum itu, pelbagai andaian yang difikirkan oleh ahli keluarga mangsa selepas Wan Amirul Ariq Wan Rosdi keluar dari rumah dengan tujuan untuk memancing tetapi tidak pulang pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemukan pada pukul 11.15 pagi tadi, Khamis 7 Januari 2021.

Suasana kedukaan menyelubungi keluarga serta sahabat handai mangsa apabila mayat pemuda itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari lokasi yang dipercayai mangsa terjatuh semasa memancing pada pukul kira-kira 10 malam Ahad, 3 Januari 2021 lalu.


Kredit foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu 


ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu mengusung mayat Wan Amirul Afiq. - Kredit foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu


Mangsa dikatakan keluar memancing bersendirian di sungai kampung itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya. 

Pemuda itu dipercayai tergelincir di tebing sungai tersebut semasa memancing sebelum dia terjatuh ke dalam air yang dalam serta deras pada ketika musim banjir ini.

Apabila mangsa terbabit didapati tidak pulang ke rumah sejak tiga hari lalu menyebabkan bapanya membuat laporan polis pada semalam, Rabu 6 Januari 2021 untuk tindakan selanjutnya. 


ZULL AZMAN JAMALUDDIN


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zull Azman Jamaluddin memberitahu pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.49 petang semalam (6 Januari 2021) mengenai kejadian tersebut. 

Serentak dengan laporan itu, katanya, pihak bomba mengadakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang terdiri 19 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta 20 penduduk kampung.


Kredit foto : Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu


``Operasi kami pada mulanya tertumpu di lokasi mangsa dipercayai mula tergelincir di pinggir sungai semasa memancing di situ.

``Selepas itu, kami memperluaskan lagi gerakan mencari sehingga mayat pemuda itu diketemukan terapung serta tersangkut di pokok buluh,’’ katanya ketika dihubungi petang ini, Khamis 7 Januari 2021. 

Mayat Wan Amirul Afiq itu kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Daerah Setiu untuk bedah siasat. - KitaReporters


3
2
33
0
2

Copy Link: