HUBUNGAN anak perempuan dengan bapa tidak perlu dipertikaikan lagi. Sayangnya kepada si ayah melebihi segala-galanya! Mungkin juga disebabkan ayah adalah lelaki pertama dalam hidup si kecil berkenaan, keadaan itu menyebabkan hubungan mereka terlalu akrab. : KitaReporters


Kredit foto: FB Tengku Zafrul



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak perempuan:

https://kitareporters.com/search?search=anak+perempuan


Ini kisah kasih sayang antara seorang ayah, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan anak perempuannya, Tengku Zahira Eusnie.

Walaupun tinggal sebumbung namun disebabkan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif cirus Covid-19, beliau membuat keputusan untuk lakukan pengasingan atau kuarantin kendiri di kediamannya.

Menurut Tengku Zafrul menerusi laman Instagram miliknya, anak perempuannya, Zahira berkongsi rasa rindu kepadanya menerusi sepucuk surat yang ditulis sendiri.




"Hari ini, saya mendapat sepucuk surat dari anak perempuan saya, Zahira, yang berumur 7 tahun. Walaupun di rumah, saya tidak boleh bersama keluarga atas faktor kesihatan,” kongsinya.

Terdahulu Tengku Zafrul memaklumkan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 dan telah melakukan ujian saringan dan bersyukur kerana keputusannya negatif.



Namun tetap mengambil langkah berhati-hati dengan cara membuat pengawasan sendiri di kediaman.

Malah bekas pegawai korporat itu turut bekerja dari rumah sejak beberapa hari lalu bagi mengelak virus berkenaan dijangkiti dengan invidu lain.

“Saya telah melakukan ujian saringan COVID-19 semalam dan Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya juga telah memulakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) and will be working from Home (WFH) sejak beberapa hari lalu sehingga 19 Januari.,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian berkenaan, Zahira turut memberikan sekeping gambar mereka berdua yang diletakkan di dalam bingkai putih.

Alahaiiii sweetnya si kecil nih!



Malah si bapa pula sempat membalas sambil luahan rindu si kecil sambil menyatakan dia juga terlalu rindukan si kecil berkenaan.

”Papa misses you, too, Zahira! InsyaAllah, Papa will see you soon!,” kongsinya lagi.

Semoga YB terus diberikan kesihatan baik dan terus  berkhidmat kepada rakyat! - KitaReporters

5
2
0
0
0

Copy Link: