PKPD: Tiada lagi agihan barangan keperluan kepada penduduk Besut! Boleh keluar sekitar daerah!
Published bySeorang pegawai Polis menerangkan sesuatu kepada Dr Ahmad Samsuri ketika meninjau SJR di Seberang Jertih
“Tiada lagi pengagihan barang-barang keperluan dapur kepada penduduk di daerah Besut, Terengganu, yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sebelum in, penduduk yang dikenakan PKPD di Mukim Pasir Akar, Hulu Besut dan penduduk di RAKR Pelagat 3, Seberang Jertih, menerima agihan barang keperluan pada setiap minggu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Besut
Ahmad Samsuri berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak lagi mengagihkan barangan tersebut sebagaimana sebelum ini kerana seluruh daerah Besut kini dikenakan PKPD.
“Keputusan itu dibuat berikutan pihak berkuasa telah melonggarkan SOP di kawasan PKPD daerah Besut dengan memberi kebenaran mereka boleh keluar untuk membeli barangan keperluan di kedai dan pasar raya sekitar daerah itu,” katanya kepada media selepas melakukan tinjuan ke SJR Seberang Jertih, pada Sabtu 22 Mei 2021.
Sebelum ini tular dalam media sosial penduduk yang terbabit dengan PKPD di daerah itu mempertikaikan kerana tidak mendapat bekalan barang keperluan sebagai lazim penduduk di bebarapa kawasan sebelum ini mendapat agihan dari JKM.
Malah, kata menteri Besar, jika ada penduduk yang terkesan dengan keadaan PKPD mereka bolehlah menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.
Katanya, Kerajaan Negeri sangat mengambil cakna tentang perkembangan COVID-19 dalam negeri ini, terutama Besut yang telah dikenakan PKPD yang berkuat kuasa bermula 22 Mei hingga 4 Jun 2021.
Mengulas SOP yang lewat dikeluarkan untuk garis panduan
penduduk terbabit beliau mengakui ada sedikit kelemahan pihak berkuasa.
“Bagaimanapun perkara itu sudah selesai walaupun berlaku
kelewatan kerana kerajaan negeri terpaksa mencadangkan beberapa perkara baharu
kepada MKN untuk disesuaikan dengan keadaan setempat,” katanya. - KitaReporters
Anggota RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memunggah barang keperluan dapur untuk diagihkan kepada penduduk RAKR Pelagat 3, Jertih yang dikenakan PKPD