Malang bertimpa! Dipatuk tedung, buta, lumpuh, ada COVID-19!
Published bySUDAH jatuh ditimpa tangga... Begitulah nasib yang rakyat Britain, Ian Jones yang berada di India. Dia tidak boleh pulang ke negara asal ekoran sekatan perjalanan udara sebab penularan pandemik COVID-19. Malangnya semasa di India, dia kemudian dipatuk ular tedung. Semasa pemeriksaan di hospital, dia disahkan positif COVID-19 dan mengalami masalah penglihatan serta kelumpuhan. : KitaReporters
Ian Jones hadapai masalah kesihatan teruk akibat dipatuk ular tedung dan disahkan positif Covid-19. - Kredit foto: VN
Lagi kisah-kisah berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Ian Jones adalah seorang Pengurus Kebajikan sebuah syarikat bagi kerja amal di India tidak dapat pulang ke England kerana sekatan perjalanan ke luar negeri di India ekoran pandemik COVID-19.
Ia untuk mengubat kerinduannya kerana sudah lama tidak bertemu dengan isteri dan dua anaknya. Bagaimanapun percutian yang sepatutnya mengembirakan bertukar tragedi.
Ingin berjalan namun ditimpa malang di negara orang. - Kredit foto: VN
Walaupun nyawa Ian masih selamat setelah diberi suntikan antiracun, namun berita buruk baginya apabila penglihatannya hilang dan tubuhnya lumpuh.
Sehingga kini, Ian masih dirawat di hospital dengan keadaan lumpuh dan buta serta kena jangkitan Covid-19. - KitaReporters