Dikurung selama 28 tahun! Oleh ibu sendiri di dalam biliknya

Published by
KitaReporters

INSTITUSI kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan dan lazimnya ibu atau bapa akan melindungi anak-anak sejak lahir lagi. Namun tindakan seorang ibu di Sweden sangat mengejutkan apabila tergamak mengurung anaknya sendiri di sebuah bilik di flat kediamannya di Haninge, Stockholm, Sweden. Lebih mengejutkan dia dikurung selama 28 tahun sejak berusia 12 tahun!! : KitaReporters 


PASUKAN polis Sweden membuat siasatan selepas mengetahui tindakan zalim seorang ibu yang mengurung anak lelakinya sendiri selama 28 tahun di sebuah bilik di kediaman mereka di selatan Stockhlom, baru-baru ini. - Kredit foto-foto: mirror.co/shutterstock.


Lagi kisah-kisah berkaitan berkurung:

https://kitareporters.com/search?search=kurung


Alamak lamanya kena kurung hampir tiga dekad!!

Memetik laporan Mirror.co, pemuda itu akhirnya dibebaskan oleh seorang daripada anggota keluarga terdekatnya ketika ibunya tiada di rumah kerana menerima rawatan di hospital. 


BILIK yang menempatkan seorang pemuda selepas dikurung selama 28 tahun oleh ibu kandungnya sendiri. 


Ketika dibebaskan pemuda berkenaan yang kini berusia 41 tahun itu berada dalam keadaan yang menyedihkan sehingga tidak mampu berjalan serta bercakap, dan dengan keadaan yang kotor selain terdapat kesan kudis pada badannya.

Malah lebih memilukan pemuda yang hanya beralas selimut itu mengalami kekurangan zat sehingga menyebabkan kesemua giginya tiada.

Allahu… zalimnya!!

Seorang ahli keluarganya berkata, dia telah membuat intipan sejak sekian lama kerana mengetahui pemuda berkenaan dikurung oleh ibu kandungnya sendiri di rumah mereka. Malah dia dipercayai diberhentikan sekolah oleh ibunya sejak usianya 12 tahun.

Sejak itu, ibunya mengawal semua gerak-gerinya dan dihumban ke dalam sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di selatan Stockhlom.


PEMUDA terus dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan segera kerana berada dalam keadaan terlalu lemah. - Kredit foto: mirror.uk


Ketika ditemui pemuda berkenaan berada dalam keadaan terlalu lemah dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu kerana tahu dia dikurung oleh ibunya sendiri. Namun tidak menyangka ibunya tergamak mengurung sehingga keadaan menjadi teruk,” ujar ahli keluarga yang identitinya tidak didedahkan.

Malah jiran mendedahkan bahawa wanita itu sering mengelak jika ada yang bertanya khabar tentang anak lelaki, sebaliknya menjawab anaknya berada dalam keadaan baik dan berehat di dalam rumah. 


PASUKAN polis menggeladah bilik yang menjadi bilik kurungan pemuda selama 28 tahun oleh ibunya sendiri.


Kini ibu kandung pemuda berkenaan yang berusia 70-an itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengurung anak sendiri.  

Bagaimanapun wanita warga emas itu menafikan melakukan jenayah dengan mengurung anak lelaki tunggalnya.

Sehingga kini pihak polis masih membuat siasatan tujuan utama wanita itu mengurung anaknya sendiri. : Kitareporters

1
1
11
1
0

Copy Link: