Kredit foto-foto: Che Saad Noordin


USIA tua tidak menjadi penghalang sebaliknya warga emas ini berbangga masih mampu memanjat pokok kelapa sebagai sumber rezeki.

Di Baling, Kedah, Che Ad Bahadun, yang berusia 75 tahun masih mampu memanjat sebanyak 4 hingga 6 pokok kelapa sehari untuk memetik buahnya.

Bagi Che Ad, pekerjaan memanjat pokok kelapa sejak berusia 15 tahun hingga kini menjadikan beliau seorang warga emas yang dikenali ramai di Baling.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok kelapa


Che Ad, yang tinggal di Kampung Carok Semeliang, Weng d Mukim Siong, Baling setiap hari berkayuh basikal dari rumahnya pada jam 7 pagi ke pekan Baling sejauh 25 kilometer

Setiap hari Che Ad berulang alik dari rumahnya ke pekan Baling untuk mencari pemilik pokok kelapa yang memerlukan khidmatnya.

Menurut Che Ad, kadang-kadang dia langsung tidak mendapat panggilan untuk memanjat selama baberapa hari terutama pada musim hujan.



"Apapun saya bersyukur kerana dalam usia emas masih sihat dan gigih lagi memanjat pokok kelapa," katanya.

Jelas beliau lagi, setiap pemilik pokok kelapa memberinya upah 5 biji kelapa jika dia menurunkan 10 biji buah kelapa.

Katanya, kadang-kadang sehari dia mampu mendapat 20 hingga 30 biji buah kelapa untuk upahnya memanjat.

"Saya jual buah kelapa sebagai upah saya memanjat pada peniaga santan segar di kedai-kedai di pekan Baling dengan harga RM1.50 sen sebiji.

Setiap hari, sepanjang perjalanan dengan berkayuh basikal dari rumahnya, jika ada pemilik pokok kelapa menyuruhnya memanjat pokok kelapa dia akan melakukannya jika hari tidak hujan atau angin kuat.

"Pernah berlaku ketika hampir sampai di atas untuk menurunkan buah kelapa, tiba tiba berlaku angin kuat menyebabkan saya terpaksa memeluk batang pokok kelapa kemas-kemas dengan perasaan cemas," katanya.



Che Ad berkayuh basikal tua yang sudah berusia lebih 70 tahun itu setiap hari dengan beberapa bahagian basikalnya yang sudah reput.

"Saya akan terus berkayuh selagi mampu untuk menjadi pemanjat pokok kelapa di kawasan kampung-kampung di Baling sebagai tambahan sumber rezeki keluarga," katanya.

Che Ad, yang masih menanggung tiga anak dan saorang isteri bersyukur kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling membantunya sebanyak RM500 setiap bulan.

"Saya akan berkayuh basikal selagi mampu untok mencari pemilik pokok kelapa yang memerlukan khidmat saya," katanya mengakhiri bicara. - KitaReporters



12
18
0
10
0

Copy Link: