Berita Terkini| Bekalan air di KL, Gombak belum pulih sepenuhnya! Berusaha stabilkan bekalan
Published byKERJA-kerja penggantian injap di jajaran paip mentah masih dijalankan dan bekalan air belum pulih sepenuhnya. - Kredit foto: Bernama
TIADA kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak dilaporkan pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates, masih dijalankan dan keadaan belum pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata sehingga pukul 6.00 pagi ini, Air Selangor masih berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri. - Kredit foto: Astroawani.
Elina menambah Air Selangor akan memaklumkan status
pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dari semasa ke semasa melalui semua
saluran komunikasi rasmi Air Selangor.
Ini, katanya, termasuk laman sesawang www.airselangor.com,
aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat
Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - KitaReporters