Tolong kami! Bantu Nur Anisah Abdullah! Cari bapa kandung Rezuan Darus! Nak jadi wali pernikahan!
Published byNur Anisah bersama ibunya Siti Fatimah
SEORANG gadis memohon bantuan orang ramai mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahan yang dijadualkan berlangsung selepas ambutan Aidilfitri pada bulan Mei 2022 ini.
Nur Anisah Abdullah, 23, dari Kampung Lak Lok Dalam, dekat Jertih, Terengganu, berkata, sudah 23 tahun selepas dia berpisah dengan ibunya apabila menghilangkan diri secara tiba-tiba.
Katanya, bapanya, Rezuan Darus, 58, berasal dari Pulau Pinang dan berkahwin dengan ibunya ketika dia bertugas sebagai anggota tentera dalan Rejman Askar Melayu Diraja (RAMD).
Lagi cerita-cerita pencarian berkaitan wali pernikahan
Nur Anisah Abdullah
Menurutnya, selepas bersara dari pasukan tentera, bapa dan ibunya kembali tinggal di kampung Lak Lok, Jertih dan mendapat tiga anak termasuk Nur Anisah.
Bagaimanapun, kata Anisah, dia tidak mengenali bapanya kerana ketika dilahirkan bapaya sudah berpisah dengan ibunya, Siti Fatimah Husin, 56.
“Ibu saya sudah berikhtiar dengan mencari ayah
di pelbagai tempat namun gagal dikesan,”
katanya.
Nur Aisah kini bekerja di
sebuah kilang di Shah Alam amat memerlukan kehadiran ayah kandungnya pulang
seketika bagi memudahkan urusan untuk menjadi wali pernikahannya.
Beliau menjelaskan, ibunya terpaksa menamakan bapanya sebagai “Abdullah” ketika mendaftar kelahiran dan bukan Rezuan disebabkan bapanya sudah meninggalkan keluarganya.
Ibunya, Siti Fatimah turut mengharapkan rakan-rakan bekas tentera yang pernah bertugas bersama bekas suaminya yang mengetahui tempat Rezuan berada sekarang supaya dapat membantunya bagi melancarkan majlis pernikahan anaknya dengan jejaka pilihannya.
Kata Anisah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya boleh menghubungi beliau melalui talian 019-4243245 (Nur Anisah). - KitaReporters
Rakan sekerja meraikan sambutan hari kelahiran Nur Anisah (tengah) pada Februari 2022 lalu