Masih tak dapat lupakan! Pengalaman ngeri ditembak pengganas komunis! Lebih 5 das dari jarak jauh!
Published byBalai Polis Tanjung Pari di Siong, Baling, Kedah.
PENGALAMAN ngeri pernah ditembak oleh anggota penganas komunis sebanyak lebih 5 das dari jarak jauh ketika mengutip getah sekerap di kebun getah lebih 40 tahun lalu masih segar dalam ingatannya sehingga hari ini.
Pengalaman ditembak bertubi-tubi dialami Cik Ri Abd Rahman, 83, dari Kampung Tanjong Pari, mukim Siong di Baling yang ketika itu berusia lingkungan 40 tahun.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan insiden ditembak
Cik Ri Abd Rahman, 83.
Kejadian berlaku pada hari Selasa bulan Mei pada tahun 1982 ketika pengganas komunis Malaya mengganas di kawasan sempadan Thailand -edah terutama di daerah Baling.
Sebelum kejadian, beliau pernah terserempak dengan lebih sepuluh anggota pengganas komunis lengkap bersenjata ketika menoreh getah di kawasan bukit berdekatan kampungnya.
Menurut Cik Ri @ Pak Long Cik Ri semasa terserempak dengan pengganas dia sempat melihat ada dua anggota komunis wanita dalam kumpulan itu.
Katanya, mareka bertanya tentang kedudukan tentera yang berada dikawasan itu.
Jelasnya, beliau hanya berkata tak ada anggota tentera di kawasan itu.
Tidak berpuas hati dengan penjelasannya mareka terus beredar dari kawasan kebun getah di situ menuju ke kawasan bukit berdekatan.
Cik Ri menunjukkan sijil penghargaan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, yang diterimanya daripada Pegawai Daerah Baling, Noh Dahaya ketika itu.
Selang baberapa hari lepas itu dia terserempak lagi dengan lima pengganas komunis termasuk dua wanita.
Menurut Cik Ri, dia pura-pura tidak melihat mareka dan terus mengutip getah sekerap di setiap perdu pokok getah sehingga selesai dan memikulnya untuk balik ke rumah.
Tiba-tiba katanya, dia terdengar bunyi tembakan dan menoleh ke belakang terpandang salah saorang pengganas menghala senapang ke arahnya.
Takut dengan tembakan mareka beliau melepaskan guni getah sekerap yang dipikulnya dan menyelit dicelah celah hutan di situ.
"Setelah tidak lagi kedengaran tembakan, dia berdiri dan terus lari.
"Ketika berlari itu, mereka menembak beberapa das ke arah saya dan terasa kebas pada bahagian paha dan bahu," ceritanya.
Menurut Cik Ri, sampai sahaja di rumah dia melihat beberapa bahagian badannya lebam dan bajunya terkoyak saperti terbakar.
Beliau bersyukur kerana tembakan yang dihalakan ke arahnya tidak tepat mengenainya, bagaimanapun kakinya jadi lebam-lebam.
Pengalaman itu menyebabkan agak lama penduduk Kampong Tanjong Pari ini tidak berani lagi masuk ke dalam hutan kawasan itu.
Ketika ditanya, kenapa pengganas komunis seperti marah kepadanya, Cik Ri memberitahu dia amat rapat dengan ramai anggota tentera yang ditempatkan berdekatan kawasan itu yang menjaga keselamatan penduduk di situ dan sekitarnya, yang tidak jauh dengan rimba sempadan Thailand.
Beliau yang lahir pada tahun 1939 kini masih sihat dan menjalankan rawatan tradisional di rumahnya setiap hari untuk mereka yang bermasalah. - KitaReporters