Kredit foto-foto: Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu (PBPDS) 


``DALAM kedinginan serta kegelapan malam kami tidak mampu tidur dengan lena sebaliknya di hati kecil kami sentiasa berdoa semoga kami selamat daripada ancaman haiwan berbisa.

``Dalam pada itu, kami juga berdoa semoga hari siang cepat menjelma supaya kami dapat cari jalan keluar pagi esok kerana ketika itu kami berada dikelilingi hutan yang gelap,’’ kata seorang kakitangan Pejabat Tanah Daerah Setiu, Terengganu, Rosli Abd Razak, 53, pada 4 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sesat:

https://kitareporters.com/search?search=sesat


ACAP BALIKLAH, DAH LAMA MAK TUNGGU KAU DIK!

ZUKI Mamat (kiri) dan Muhamad Firdaus Zazumuddin mengaminkan doa yang dibaca sebagai tanda kesyukuran selepas mereka ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Kilang Kelapa Sawit Chalok, Setiu, Terengganu pada 4 Mac 2021. - Kredit Foto: PBPDS


ROSLI ABD RAZAK- Kredit Foto : PBPDS 


Beliau termasuk seorang lagi kakitangan dari pejabat yang sama, Zuki Mamat, 50,  dan seorang lagi penduduk Kampung Pak Kancil Dalam, Setiu, Muhamad Firdaus Zazumuddin, 21, sesat di dalam hutan selepas mereka gagal menemui jalan pulang pada kira-kira pukul 6 petang, 3 Mac 2021

Mereka bertiga ke hutan berkenaan untuk melakukan kerja-kerja mengukur lot tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pak Kancil Toman yang terletak di daerah itu bermula pukul 9 pagi, 3 Mac 2021. 


Antara anggota Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu yang menyertai Operasi SAR bagi mencari tiga mangsa yang sesat di hutan.


Sebaik sahaja kerja itu selesai mereka hendak pulang ke rumah masing-masing tetapi dua kakitangan termasuk seorang penduduk kampung itu menjadi buntu dan tidak menemui jalan keluar sehingga mereka sesat di hutan. 

Rosli berkata akibat hal itu mereka terpaksa bermalam di hutan dalam keadaan ketakutan menyebabkan mereka tidak tidur lena sebelum mereka dijumpai di kawasan Kilang Kelapa Sawit Chalok, Setiu pada kira-kira 11 pagi, 4 Mac 2021.

Itulah pengalaman yang pertama buat mereka yang sesat di hutan sehingga terlalu sukar untuk diceritakan betapa risau serta bimbang hati mereka sewaktu itu.

Tiga lelaki itu ditemui selamat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Setiu dan Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu (PBPDS) serta berpuluh-puluh penduduk kampung terbabit.

``Syukur dan alhamdulillah kami bertiga selamat melainkan jiwa kami tidak pernah tenang  malam tadi kerana asyik memikirkan perkara-perkara yang membimbangkan kami,’’ katanya.



PEGAWAI serta kakitangan jabatan terbabit dalam operasi SAR menadahkan tangan semasa doa kesyukuran dibaca selepas tiga mangsa sesat di hutan dijumpai. - Kredit foto: PBPDS


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata pihaknya mengadakan operasi SAR itu sejak malam tadi selepas menerima laporan tentang kejadian tersebut pada pukul 8.15 malam, 3 Mac 2021. 

Menurutnya, Operasi SAR yang dilakukan pada peringkat awal itu meliputi kawasan satu kilometer di lokasi mangsa  itu sesat.

Beliau berkata operasi yang sama disambung lagi pagi tadi dengan meluaskan kawasan pencarian mangsa sebelum mereka bertiga ditemui dalam keadaan selamat. - KitaReporters


9
19
11
11
6

Copy Link: