Untung rakyat Terengganu! Pencen bulanan untuk warga emas!
Published byBUKAN sahaja kakitangan kerajaan yang bekerja tetap sahaja mendapat pencen bulanan, malah warga emas rakyat Terengganu juga bakal menikmati kemudahan sama tidak lama lagi. Nasib warga emas di negeri ini memang beruntung walaupun bukan pekerja tetap tetapi usaha yang dilakukan kerajaan negeri membantu golongan terbabit sedikit sebanyak dapat meringan beban kehidupan seharian. : KitaReporters
Warga emas di Terengganu bakal menerima pencen bulanan. - Gambar Hiasan
Lagi kisah-kisah berkaitan warga emas:
https://kitareporters.com/search?search=warga+emas
Pencen sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak walaupun tidak seberapa namun sudah cukup sebagai tanda prihatin pihak terbabit kepada warga emas berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, warga emas yang layak boleh membuat permohonan menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di tempat masing-masing.
Hanafiah Mat
Katanya, MPKK sedang mengedarkan borang permohonan Pencen Rakyat Warga Emas tersebut bagi diisi mereka yang layak.
Beliau berkata, penerima akan
ditentukan melalui analisis data yang akan dibuat oleh pejabat daerah.
Hanafiah berkata, bakal penerima pencen itu pastinya bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Perkeso dan penerima pencen sedia ada. "Hanya dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada sumber pendapatan tetap,” katanya.
Poster pemakluman sudah diedar mengikut DUN di seluruh Terengganu
Selain itu katanya, dalam satu keluarga, seorang warga emas yang layak akan menerima manfaat tersebut.
Antara syarat yang diperlukan ialah pemohon berumur 60 tahun ke atas, rakyat Terengganu atau bermastautin melebihi 15 tahun, ketua isi rumah, bukan pesara/penerima pencen, bukan penerima bantuan bulanan dan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 atau RM600 per kapita.
PemaklumanPencen Rakyat Terengganu turut tular dalam media sosial
Hanafiah memaklumkan analisis data dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan. Manakala tarikh tutup permohonan ialah 31 Disember 2020.
Beliau berkata, selepas itu ia akan
dibawa kepada mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk mendapat
persetujuan dan kelulusan. - KitaReporters