Video| Ceraikan isteri selepas seminit akad nikah! Pengantin lelaki terus diserang, dibelasah!
Published byDetik-detik majlis akad hendak dimulai. - Kredit foto: Paparan skrin: FaceBook @NurAini D'Nrp
SATU majlis akad nikah menjadi kecoh apabila pengantin lelaki melafazkan ucapan cerai ke atas isterinya tidak sampai seminit selepas dia melafazkan ijab kabul.
Perkara itu menyebabkan bapa dan saudara mara mempelai perempuan mengamuk dan pengantin lelaki dikeroyok kerana dipermalukan.
Perkara yang tidak diduga ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di daerah Gapit, Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia pada Ahad, 4 Julai 2021.
Tragedi itu tular setelah video majlis itu dimuat naik dalam akaun Facebook @NurAini D'Nrp dan @Mhiny Nurlam Baco pada Isnin, 5 Julai 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan
.
Pengantin lelaki mulanya tenang melafazkan akad. - Kredit foto: FaceBook @NurAini D'Nrp.
Dalam video, terlihat sebuah acara akad nikah yang mulanya berjalan lancar sahaja. Terlihat pengantin lelaki memakai kot hitam dan pengantin wanita memakai gaun pengantin berwarna ungu muda.
Bakal pengantin lelaki dikenali sebagai LM, 25, terlihat membantu bakal pengantin wanita dikenali sebagai H, 23, berjalan menuju kerusi tempat ijab kabul.
Pasangan itu kemudian duduk di kerusi berhadapan dengan penghulu (jurunikah). Kedua-duanya sempat diberi pertanyaan oleh penghulu.
Selesai lafaz ijab kabul, pengantin lelaki kelihatan berdebat dengan pekerja Jabatan Agama Islam (KUA) dan tidak mahu menurunkan tanda tangan di atas kertas yang dihulurkan.
Sebaliknya pengantin lelaki kemudian berdiri memegang mikrofon lalu dia berkata bahawa dia mentalak wanita yang baru dinikahnya itu. "Sanai ake made ma talak Yati (hari saya talak Yati)," ucap pengantin lelaki dalam bahasa tempatan.
Terkejut dengan ucapan itu, seorang lelaki dipercayai ayah pengantin perempuan segera bangun lalu memukul pengantin lelaki. Ia diikuti beberapa anggota keluarga turut mengeroyok pengantin lelaki. Para jemputan cuba melerai keributan itu.
Menurut tulisan akaun Facebook @Mhiny Nurlam Baco, pasangan itu sudah lama bercinta. Kemudian si perempuan hamil dan meminta si lelaki bertanggungjawab.
Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk bernikah. Namun si lelaki berubah fikiran kerana pernikahannya tidak dipersetujui oleh keluarganya termasuk ibu bapanya.
Pihak keluarga perempuan mendatangi keluarga lelaki dan meminta pertanggungjawapan di depan ketua kampung.
Ayah pengantin perempuan (berbaju batik) bangun lalu menyerang pengantin lelaki. - Kredit foto: Dari paparan video FaceBook @Nuraini D'Nrp
Lalu majlis pernikahan tetap diadakan di rumah pengantin perempuan. Namun ketika majlis pernikahan berlangsung, keluarga pengantin lelaki tidak ada yang datang.
Bahkan pihak pengantin lelaki tidak membawa mahar (mas kahwin). Semua keperluan pernikahan ditanggung oleh pihak keluarga pengantin perempuan.
Sebelum ijab kabul dijalankan, kedua-duanya ditanya apakah ada unsur paksaan atau tidak. Kedua-duanya menjawab ‘tidak’.
Majlis ijab kabul berjalan lancar. Namun selepas ijab kabul dan pembacaan doa selesai, pengantin lelaki terus menjatuhkan talak.
Ia menimbulkan kejutan pihak pengantin perempuan. Ayah pengantin perempuan bangun menuju pengantin lelaki dan memukulnya. Ia diikuti beberapa lelaki yang membelasah pengantin lelaki.
Bagi menyelamatkan pengantin lelaki, beberapa hadirin membawa dia ke sebuah balai polis untuk tujuan keselamatan. Keluarga pengantin lelaki dan perempuan mempunyai ikatan keluarga iaitu satu marga.
Ketua Bahagian Bimbingan Masyarakat Islam, Jabatan Agama, Kabupaten Sumbawa, Faisah mengesahkan kejadian itu kepada media TribunLombok pada Rabu, 7 Julai 2021. - KitaReporters