SI AYAH, seorang tokoh agama tempatan dan pemilik sebuah pesantren (sekolah pondok agama) terlalu ingin untuk menyaksikan anak perempuan bungsunya, Dila bernikah. Pernikahan dijadual berlangsung pada bulan Februari 2021 dengan sejumlah persiapan sudah disiap. Namun pada Ahad, 10  Januari 2021, si ayah dijemput Ilahi setelah dijangkiti Covid-19. : KitaReporters


Abang tertua menjalankan akad nikah antara Lukman dan Dila. - Kredit foto: FB Abdul Azis

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Atas perbincangan keluarga, ditetapkan pernikahan perlu dilakukan secara bidan terjun sebelum jenazah si ayah dikebumikan.

Pasangan lelaki, Lukman dipanggil dan majlis akad nikah dilakukan di sebelah van jenazah yang mengandungi jenazah si ayah.

Sebelum itu jenazah sudah disembahyang di sebuah surau milik keluarga.


Sedutan daripada FB Abdul Aziz


Peristiwa ini terjadi di Dusun Gambiran, Desa Madigondo, Kecamatan Takeran, Magetan, Jawa Timur pada Ahad, 10 Januari 2021 kira-kira jam 5 petang dalam hujan lebat. 

Video proses akad nikah itu pertama kali dimuat naik pemilik akaun Facebook, @Abdul Aziz, pada Isnin, 11 Januari 2021. Abdul Azis adalah rakan pengantin wanita.

Dalam video berdurasi 29 saat itu kelihatan beberapa orang berada dalam majlis itu. 

Kemudian kelihatan dua lelaki sedang bersalaman iaitu pengantin lelaki dan juru nikahnya. Di sebelahnya, kelihatan  seorang wanita memakai pakaian serba putih.

Wanita itu dinikahkan oleh abangnya dekat van jenazah yang membawa jenazah si ayah.


Pasangan pengantin Lukman dan Dila serta para hadirin melakukan solat jenazah ke atas si ayah sebelum dibawa ke kawasan tanah perkuburan. - Kredit foto: Surabaya New.


Beberapa hadirin, yang datang menziarah si mati, terkejut dengan majlis akad nikah itu.

"Seorang puteri dinikahkan terus oleh abangnya ketika hujan lebat di sisi jenazah si ayah (dalam ambulans) yang ketika itu perlu dikuburkan dengan protokol Covid," tulis akaun Facebook @Abdul Azis.

Selain itu, tampak juga sejumlah warga yang menghadiri proses akad nikah tersebut. Sejumlah hadirin juga kelihatan terharu ketika pengantin lelaki melafazkan akad.

Selepas habis majlis akad nikah, van jenazah itu bergerak ke tempat perkuburan dan perkuburan dilakukan dengan protokol Covid-19 dengan diiringi tangisan keluarga.

Si ayah yang meninggal itu dikenali sebagai Kiai Asyari Ahmad, pemilik sebuah pondok pesantren (sekolah pondok agama) di daerah itu. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: