Video| Tak tahan kena bebel! Sakit hati! Anak lelaki nekad bunuh ayah, ibu dan kakak dengan racun!
Published bySuspek merupakan ahli keluarga terdekat disyaki meracuni ayah, ibu dan kakak sehingga mati di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. - Kredit foto: Tribunsumsel.com.
PIHAK berkuasa seperti polis dan mahkamah sering menemukan jawapan (kes) motif berlakunya sesuatu kes pembunuhan itu bersandarkan pelbagai andaian dan teori untuk dijadikan bukti atau prima facie bagi pihak pendakwaan sebelum sebarang kes dan hukuman disabitkan kepada pesalah atau pelaku tersebut.
Fokus lensa para media rancak terarah ke Dusun Prajen, Desa Mertoyudan, Kabupaten di
Magelang, Jawa Tengah, Indonesia susulan heboh dan tular video tentang
cerita mengenai kejadian ‘misteri’ kematian mengejut tiga beranak sekeluarga.
Apa yang lebih menjadi tumpuan susuk tubuh lelaki muda berusia 22 tahun dikenali sebagai Dhio dikatakan menjadi suspek utama dalam drama kematian ahli keluarganya.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan siri pembunuhan
Polis Indonesia bergegas ke lokasi kejadian berikutan penemuan tiga mayat di sebuah rumah di di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. - Kredit foto: Tribunsumsel.com.
Pada mulanya, anggota-anggota keluarga lain (si mati)
langsung tidak mempercayai punca kematian keluarga
Dhio dilakukan oleh anak mereka.
Bapa saudara suspek juga merupakan abang kandung mangsa Heri Riyani, Sukoco (69) berkata, pihaknya
menafikan motif sebenar yang dinyatakan (pengakuan bersalah) suspek untuk membunuh keluarganya.
"Ia sama sekali tidak benar (motif). Kalau bercakap soal wang, ya, saya nampak itu, itu sudah memadai. Dia (suspek) tidak bekerja, jika dia menjadi tulang belakang (mencari nafkah keluarga) pasti dia akan membela bela diri? Orang tuanya selalu beri duit kepadanya setiap bulan," kata Sukoco pada Khamis (1 Disember 2022).
Bagaikan sebuah drama sinetron Indonesia, pihak berkuasa
terus menjalankan penyiasatan untuk merungkai kes pembunuhan yang tragis itu.
Dhio atau nama
penuhnya Dhio Daffa Syadilla dituduh
membunuh bapanya Abas Ahar, 58; ibunya, Heri Riyani (54) dan kakak
kandung Dhea Chairunisa (25) di
rumah mereka pada 28 November 2022,
lapor Tribunsumsel.com.
Dia kemudiannya ditahan oleh polis Indonesia berikutan laporan (polis) dibuat oleh orang ramai tentang penemuan serentak tiga tubuh manusia terbaring kaku di rumah mangsa. (rumah keluarga Dhio).
Pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap suspek dari
pelbagai sudut serta mencari beberapa kemungkinan sama ada suspek mengalami
gangguan ‘mental’ atau mempunyai masalah kewangan termasuk mempunyai hutang
atau pinjaman yang banyak.
Hasil siasatan (polis) selama dua hari mendapati suspek nekad membunuh keluarganya kerana berasa sakit hati akibat sering dipaksa mencari kerja.
Menurut kenyataan saksi, bapa Dhio sebelum ini sering membebel terhadap anaknya itu yang tidak mahu bekerja. Tambahan pula bapanya (suspek) baharu sahaja bersara (perkhidmatan) dan bergantung penuh dengan wang pencen.
Ekoran itu juga, membuatkan bapanya tidak begitu senang dengan sikap anaknya yang hanya duduk diam di rumah, sedangkan mereka sekeluarga memerlukan wang pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Dhio akhirnya
membuat pengakuan kepada pihak berkuasa Indonesia bahawa dia yang membunuh tiga
ahli keluarganya sendiri.
“Dia mengaku berasa sakit hati kerana tidak pernah diberi perhatian (kasih sayang) oleh keluarga dan sejak kebelakangan ini pula dia sering dipaksa (suruh) mencari kerja.
“Oleh kerana berasa tidak selesa, dia nekad membunuh ibu,
bapa dan kakaknya,” kata Pengarah
Siasatan Jenayah Umum Daerah Jawa Tengah, Djuhandani Raharjo Puro.
Gambar hiasan... Racun sianida
Pelaku sebelum ini pernah membeli racun secara dalam talian (online). Hasil bedah siasat (forensik) ketiga-tiga tubuh mangsa didapati mengandungi racun yang ‘amat merbahaya’ dan boleh membawa maut kepada manusia.
Ketiga-tiga mangsa juga dikatakan mengalami kecederaan parah
(organ dalaman) seperti paru-paru, pembuluh darah, otak dan lain-lain akibat terminum minuman yang dipercayai bercampur racun atau
toksin.
Kesan meminum racun tersebut kemungkinan besar mangsa meninggal dunia dalam tempoh antara 15 hingga 30 menit di tempat kejadian.
Ketua Pejabat Kesihatan Polis Wilayah Jawa Tengah, Sumy Hastry berkata, tekak dan perut mangsa didapati ada kesan terbakar dan melecur.
Tambah beliau, suspek disyaki telah mencampur racun itu ke
dalam minuman air teh dan kopi mangsa dalam kuantiti (dos) yang banyak.
“Kalau dilihat pada luka, dos yang digunakan agak banyak. Kemungkinan sampai 2 hingga 3 sudu kecil. Peliknya racun itu tidak mengubah warna dan rasa teh dan kopi tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, Hastry tidak dapat mengesahkan jenis racun yang digunakan oleh pelaku sama ada racun tikus atau sianida. Ketika ini, pasukan Makmal Forensik masih lagi melakukan ujian dan pemeriksaan lanjutan. – KitaReporters
Sumber:
https://sumsel.tribunnews.com/2022/12/02/curhat-keluarga-tak-terima-dhio-ngaku-racuni-ayah-ibu-dan-kakak-karena-menanggung-beban-faktanya
https://youtu.be/hz3_XM2fiww