Malang sungguh nasibmu! Ditampar dan dicucuh rokok pada kemaluan! Kanak-kanak OKU didera bapa tiri!
Published byGambar hiasan
MALANG sungguh hidupnya...!! Mungkin itu yang boleh diperkata kepada seorang kanak-kanak lelaki dari Riau, Indonesia yang bukan sahaja dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak kecil tetapi sering dijadikan mangsa dera.
Lebih menyedih kehadirannya turut tidak diterima oleh keluarganya apabila sering menjadi mangsa dera bapanya tirinya.
Lagi kisah-kisah pilu berkaitan kes-kes penderaan
Memetik laporan amp.kompas.com, kanak-kanak yang dikenali MR bukan sahaja dilayan teruk oleh keluarganya sendiri. Malah bapa tirinya yang dikenali Zulkifli sering mendera dan mengambil kesempatan di atas kekurangan dirinya.
Terbaharu, MR dikejarkan ke hospital untuk diberikan rawatan selepas ditampar lebih 20 kali oleh bapanya.
Kata kanak-kanak lelaki tersebut, kejadian bukanlah kali pertama berlaku kepadanya. Namun diibaratkan menjadi makanan harian kepadanya kerana sering dijadikan mangsa dera.
Bukan itu sahaja bapa tirinya juga sering memukulnya dan pernah menyiram air panas ke arah kanak-kanak malang tersebut.
Lebih menyedihkan dia turut dicucuh puntung rokok pada bahagian kemaluan dan kaki kanannya.
Semuanya dipercayai berlaku hanya kerana kanak-kanak berusia 10 tahun itu meminta wang untuk membeli makanan ringan berhampiran rumah mereka.
Berkongsi keperitan yang dirasai, MR berkata bapa tirinya itu sering memijak punggungnya dan kesan penderaan berkenaan menyebabkan beberapa bahagian anggota badannya lebam.
Ketika dirawat di hospital, MR mengakui sangat trauma dengan apa yang dilalui bersama bapa tirinya.
Malah ketika menerima kunjungan Direktur Reserse Kriminal Umum Polda Riau, Kombes Asep Darmawan, pada 29 Oktober 2022, lalu di kediamannya Desa Rimbo Panjang, Kecamatan Tambang, Kabupaten Kampar, Sepekan, MR mengulangi perkara sama.
Dalam kunjungan berkenaan MR diberikan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan harian.
MR juga mengakui terlalu takut dengan bapa tirinya dan mahu lelaki itu dipenjara selama-lamanya.
'Penjara seumur hidup dia ya pak! Nanti tinju juga pak," luahnya kepada pegawai polis berkenaan.
Ternyata kanak-kanak tersebut terlalu trauma dengan kelakuan bapa tiri. Kini MR ditempatkan di rumah ahli keluarganya yang lain bagi keselamatan diri.
Semoga MR cepat sembuh dan bapa tirinya juga mendapat habuan daripada kelakuan tersebut. - KitaReporters