Video| Jiran dari neraka? Bakar sampah sesuka hati! Tak kira siang malam! Bila ditegur tahu marah!

Published by
KitaReporters


Hidup berjiran kalau tiada perasaan hormat-menghormati dan bertolak ansur, pasti akan mengundang perbalahan. Masing-masing akan hidup tidak tenteram dan sentiasa berdendam. 

Pasti anda tidak mahu berjiran dengan orang yang tidak tahu rukun asas hidup berjiran.

Tidak kisahlah sama ada anda tinggal di taman perumahan, apartmen, Felda dan perkampungan, jagalah adab hidup berjiran. Kadang-kadang hal kecil pun boleh mengundang rasa tidak puas hati jiran. Contohnya kalau anda membela haiwan peliharaan, pastikan haiwan peliharan tidak membuang najis di rumah jiran.



Kalau anda menanam pokok buah-buahan, pastikan dahannya tidak melebihi kawasan rumah jiran kerana dikhuatiri dedaun akan jatuh ke rumah jiran. Nampak remeh, tetapi percayalah ia boleh mengundang perbalahan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok bernama Theapocchi. Dia yang merupakan rakyat Indonesia berkongsi perasaan tidak puas hati terhadap jirannya yang suka membakar sampah tidak kira masa.

“Bantu viralkan biar sampai ke pengetahuan pihak berwajib,” tulisnya.



Boleh dikatakan jirannya itu suka membakar sampah selama 24 jam. Tidak kira siang atau malam, jirannya itu akan membakar sampah sehingga mengundang asap tebal yang menyesakkan nafas. 

Dalam video yang dikongsi, menunjukkan jirannya seorang wanita sedang membakar sampah. Berkepul-kepul asap sehingga tersebar ke rumah tetangga yang lain. Asap yang tersebar itu menyebabkan dia sukar bernafas dan rasa tertekan.

Dia juga menjelaskan sudah menegur jirannya itu tetapi tidak didengari malah dia pula dimarahinya. 



Dalam video berlainan, kelihatan jirannya itu sedang membakar sampah pada waktu malam. Bayangkan siang malam tak henti-henti membakar sampah, pasti membuatkan jiran-jiran tidak selesa. Malah perbuatan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan. 

“Kalau macam ni boleh kena denda ke?” tempelaknya.

Walaupun hujan, sampah masih terbakar dan mengeluarkan asap. Justeru dia menjadi buntu bagaimana mahu memadam api tersebut yang menghasilkan asap tebal.



Sementara itu, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut menjelaskan itu perkara biasa di kampung. Justeru ia tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Perkara biasa hidup di kampung,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters


19
9
0
14
0

Copy Link: