Video| Pertandingan unik! Ibu-ibu diminta menangis sekuat, sesedih mungkin! Demi tarik pengunjung!

Published by
KitaReporters


Persaingan sengit dalam bidang pelancongan membuat syarikat pengendali objek pelancongan mencari pelbagai cara untuk menarik seramai mungkin pelawat.

Sebuah taman tema air iaitu Taman Bermain Wisata Purbawahana di Jalan Raya Banjaran Balamoa, Desa Purbayasa, Kecamatan Pangkah, Kabupaten Tegal, Jawa Tengah pada pagi Sabtu, 20 Julai 2024 menganjurkan pertandingan kaum ibu menangis sekuat dan sesedih mungkin.Ia adalah satu cara pihak pengurusan taman tema air itu untuk  menarik lebih ramai pengunjung.


Pelbagai reaksi golongan ibu meluahkan tangisan untuk merebut hadiah yang ditawarkan

Pertandingan yang dianggap unik itu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan ibu-ibu di Jawa Tengah melalui iklan yang turut dimuat dalam pelbagai media sosial. 

Hadiah yang ditawarkan setakat biasa-biasa sahaja dengan hadiah keseluruhan cuma Rp2 juta (RM600). Johan mendapat Rp500 ribu (RM143), naib johan pula Rp300 ribu (RM86) dan tempat ketiga Rp200 ribu (RM57). Sementara 20 peserta lain pula menerima hadiah saguhati bernilai Rp50 ribu (RM14) setiap seorang.

Walaupun hadiahnya tidak seberapa, namun jumlah penyertaannya memberangsangkan.



Ratusan golongan ibu-ibu datang untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan ini. Namun pihak penganjur hanya mengehadkan 200 penyertaan sahaja. 

Jumlah pengunjung taman tema air itu meningkat drastik pada hari penganjuran pertandingan itu.

Pemenang utama, Winarni menyatakan dia mampu menarik perhatian juri setelah megenang peristiwa sedih yang pernah dialaminya.


 


Pemilik taman tema air itu bercadang untuk menganjurkan pertandingan unik dengan tema berlainan pada masa akan datang dan akan menambah jumlah hadiah.

Acara ini tular setelah ia dimuat baik sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters

4
6
0
13
0

Copy Link: