.

Video oleh Ira Kamarudin


Lokasi pernikahan di bawah pohon bambu


Sebagai penghormatan kepada keturunan keluarga mereka yang berbangsa Jawa, Siti Zarinah Jailani dan suaminya Abdul Razak Abdul Aziz memilih mengadakan majlis pernikahan puteri mereka, Admira Abdul Razak dengan Megat Haziq Hilman Megat Suhaimi, di bawah pohon bambu di pekarangan rumah mereka di Klang, Selangor. 

Majlis yang sangat unik dan penuh dengan adat istiadat keturunan Jawa dihadiri sanak saudara terdekat dan jemputan khas seramai 130 orang. 




Menurut Ibu kepada pengantin perempuan, Siti Zarinah, dari Klang Selangor, kedua-dua pengantin adalah rakan lama di sekolah di USJ Subang Jaya. 

Majlis penuh istiadat dan budaya Jawa itu memperlihatkan barangan hantaran dibawa di dalam bekas dulang kayu dan dulang buluh. Pihak lelaki membawa 5 dulang kayu dengan beberapa barangan hantaran dan pihak perempuan membalas dengan 7 dulang buluh yang berisi hantaran untuk pihak lelaki. 

Ditanya mengapa memilih tema kebudayaan Jawa, Zarinah memberitahu, kebudayaan Jawa sangat dekat di hati keluarga mereka kerana, ia sebagai penghormatan kepada keluarga datuk nenek serta keturunan beliau yang  berasal dari Kediri dan Ponoroga, Indonesia. Malah suaminya Abdul Razak juga berasal dari tanah Jawa di Indonesia. 

Pengantin perempuan Admira,  juga  pernah bertugas di Jakarta di Syarikat Edelman.  Idea menarik untuk mengadakan majlis unik  dan penuh istiadat Jawa ini juga datangnya dari ide pengantin perempuan Admira.


Siti Zarinah Jailani bersama anaknya Admira Abd Razak pengantin dengan adat Jawa


Pengantin perempuan bersama ibu dan ayahnya


Menurut Siti Zarinah lagi, "majlis seumpaman ini adalah impian Admira, jadi sebagai ibu bapa dan adik beradiknya kami membantu merealisasikan impian Admira untuk hari bahagianya." 

Beliau juga menambah "Dekor (dekorasi) kami simple sahaja, majlis dibuat outdoor di bawah pokok buluh yang memang tempat ambil gambar berkumpulan masa raya." 

Majlis dibuat bawah pokok buluh kerana pokok buluh kerana, menurut Siti Zarinah. pokok buluh mempunyai filosofi tertentu yang menggambarkan kelenturan (taat) & ketahanan, rendah hati, keseimbangan, berdikari, keindahan, saling sokong menyokong dan unsur kekeluargaan. 

Untuk mencantikkan kawasan bawah pokok buluh beliau menutupnya dengan sungkupan dari serpihan kayu supaya menjadikan suasana majlis unik dan melahirkan aura ketenangan dan alam semula jadi.


Hantaran daripada pihak lelaki berupa 5 dulang yang diperbuat daripada kayu


Hantaran daripada pihak wanita 


"Dekor semua kita buat sendiri, pakai bunga kelapa, heliconia dan keladi dari keliling rumah. Atas meja makan tetamu, kita hias bouquet (jambakan) limau kasturi (dari kebun), daun keladi, rambutan (dari pokok belakang). 

"Konsep hantaran dekor adalah idea daripada Admira dan sepupunya seorang floris (pengubah bunga) yang buatkan," kata Siti Zarinah lagi.


Door gift untuk tetamu yang datang


Nasi Tumpeng hidangan majlis suapan pengantin


Untuk menu makanan tetamu pula keluarga Siti Zarinah menyediakan nasi uduk bersama ayam goreng, ikan tenggiri goreng, sambal goreng Jawa, sup daging, telur dadar hiris.

Ulam-ulaman dari belakang rumah mereka seperti ulam chaya, temu pauh, beluntas  yang dimakan dengan sambal tomato, sambal hijau diambil dari kebun mereka. Tak ketinggalan, bergedil dan sayuran bagi menambah menu. 

Minuman yang disediakan adalah air limau, laici, kopi O, teh tarik, tembikai. 

Ada juga lemper ayam yang mereka buat sendiri. Tapai pulut hitam, kek sarang semut, kueh abuk-abuk, rojak buah juga tidak dilupakan. 

Nasi Tumpeng pula adalah hidangan istimewa untuk majlis suapan pengantin.


Keluarga pengantin perempuan


Keluarga pengantin lelaki 


Selain menu dan dekor serta hantaran yang mengikut adat Jawa, adat lain yang turut dilakukan adalah acara siraman oleh pengantin perempuan yang dibuat hanya dengan kawan-kawan pengantin perempuan dan adik beradik perempuan pengantin. Juga diadakan adalah upacara cucuk sanggul. 

Antara yang menarik pada majlis pernikahan ini ialah hadiah cenderahati untuk tetamu atau doorgift  berupa Nanas MD2. 

Bagi pakaian keluarga, mereka memakai baju adat jawa. 

Lelaki memakai blangkon (tutup kepala yang dibuat dari batik), beskap (baju) sehingga ke keris, selop (kasut) dan aksesori. Bagi perempuan, mereka memakai  kebaya, sanggul Jarik (kain) . 

Tetamu juga diminta hadir dengan tema baju yang di yatakan dalam kad jemputan. Sangat menarik dan jarang sekali majlis seumpaman ini diadakan di rumah sendiri. - KitaReporters


Kad kahwin ini direka oleh adik lelaki pengantin perempuan.


Pengantin lelaki dan perempuan yang sama padan dan sama cantik   

9
7
0
10
0

Copy Link: