Video| Majlis akad gempar! Saksi meninggal! Terkaku dan tertunduk di meja nikah! Selepas baca doa!
Published by.
Satu majlis akad nikah di Desa Kuala Puntian, Kecamatan Tanjung Lago, Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan pada Jumaat 7 Februari 2025 gempar apabila salah seorang saksi pernikahan meninggal dunia sebaik selesai membaca doa untuk pengantin.
Sarnubi, 78, yang merupakan ketua kampung dipanggil untuk menjadi saksi dan membaca doa selepas akad nikah antara Yanti dan Ardi.
Setelah selesai membaca doa, Sarnubi yang memakai baju batik biru putih tiba-tiba tertunduk di meja tempat melakukan akad nikah.
Sebelumnya Sarnubi meminta pengantin perempuan keluar dari bilik untuk bersalaman dengan pengantin lelaki.
Para hadirin para awalnya menyangka Sarnubi hanya berjenaka, namun akhirnya beberapa orang bergegas setelah melihat lelaki itu tidak bermaya. Ketika dipegang dia tidak bereaksi dan bibirnya sudah membiru.
Untuk kepastian, Sarnubi dihantar ke hospital terdekat namun ahli perubatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia.Menurut jurunikah bernama Mukhani, yang merupakan Ketua Pejabat Agama (KUA) Tanjung Lago, Sarnubi yang merupakan sahabat lamanya mempunyai penyakit jantung dan baru menjalani pemeriksaan perubatan.
Tambahnya dalam perbualan baru-baru ini, Sarnubi pernah membayang untuk berhenti sebagai Ketua Kampung dan meminta beberapa nama cadangan sebagai penganti beliau.
Jenazah Sarnubi selamat disemadi pada pagi Sabtu, 8 Februari 2025. Penduduk mendoakan agar Sarnubi memperoleh husnul khatimah.
Video kejadian tular dalam sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters