Kredit foto: New York Post


SEORANG ibu hampir jatuh pengsan sebelum dibantu oleh orang-orang berdekatan apabila dia datang untuk mengenal pasti barangan yang menjadi milik anak kesayangannya yang menjadi salah seorang daripada mangsa korban rempuhan beramai-ramai sempena Halloween di  pusat hiburan utama Itaewon, tengah ibu kota Seoul, Korea Selatan pada 29 Oktober 2022 lalu.

Pihak berkuasa Korea menemui 123 tas tangan, 258 helai pakaian, 256 pasang sepatut milik mangsa sebahagian besar orang muda yang mengambil bahagian dalam sambutan yang dikatakan menjadi acara utama di negara berkenaan. 


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kejadian-kejadian tragedi


Kredit foto: Skynews


Ibu bapa, anak-anak dan isteri yang menggendong anak kecil kelihatan membuat upacara kematian di tempat yang dikhaskan. 

Reuter memetiik laporan kementerian luar negara pada 31 Oktober 2022 , seramai 20 orang daripada 153 mangsa yang mati akibat sesak nafas itu adalah dari luar negara termasuk China, Iran dan Russia. Dua orang dari Jepun berusia antara 10 hingga 19 tahun turut terkorban.

Ada bapa tua yang marahkan kerajaan kerana membiarkan golongan muda meninggal dunia begitu saja. 

"Apa guna mendapat pendapatan tinggi jika orang muda terus dibiarkan mati," tangis orang bapa ketika diwawancara. Malah orang tua di negara itu rasa bersalah kerana tidak dapat menghalang kejadian itu berlaku. 

Malah seorang pelancong Amerika Syarikat turut membandingkan kejadian itu dengan tembakan rambang yang kerap berlaku di negaranya.



Kredit foto: Free Press Journal


Seorang artis yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat kawasan tragedi itu, turut terbunuh

Producer 101 itu, Lee Jihan dikatakan melihat seorang kanak-kanak yang terkapai-kapai kelemasan dan selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan, dia maut apabila mangsa yang bersesakan, saling berhimpit dan bertolakan untuk mendapatkan udara jatuh sehingga memijak ke atas satu sama lain dan akhirnya, lebih 153 orang mati.

Jihan dikatakan sempat merakamkan wajahnya yang terakhir sebelum kejadian berkenaan secara tiba-tiba menjadi tidak terkawal akibat diserbu oleh lebih 100,000 pengunjung yang mahu bersuka ria di kelab hiburan berhampiran berkenaan.

Seorang netizen dalam laporan dalam TikTok memberitahu, kejadian pada 29 Oktober 2022 itu adalah pesta keraian pertama kali selepas Covid-19 menyebabkan ramai yang teruja untuk ke  Itaewon

Akibat berhimpit itulah, satu persatu pengunjung jatuh menimpa dan disebabkan kesesakan melampau juga menyebabkan pasukan bantuan perubatan gagal menyelamat kerana dihalang.

BBC melaporkan kejadian kesesakan sudah dikesan oleh seorang pekerja Teknolongi Maklumat sejak 6 petang dan diikuti dengan 11 kali panggilan telefon kepada pihak berkuasa yang memberitahu kawasan itu sudah mula bersesak pada tahap melampau

Namun pihak berkuasa dikatakan lambat memberi perhatian dan menghantar pasukan kawalannya.


Tahan tangisan, sebahagian anggota mangsa membuat acara kematian.


Kredit foto: The Star/Reuters


Kira-kira jam 9 malam waktu tempatan, seorang pemanggil melaung di hujung telefon, "Saya rasa kena lenyek.. dah ramai yang hempap satu sama lain, keadaan di sini dah kucar-kacir sekarang," sambil kedengaran suara menjerit, merayu, "Tolong.. tolong bantu kami."

Dan selepas jam 10 malam kejadian rempuhan beramai-ramai itu berlaku dengan tidak terkawal lagi.

Gambar satelit di Itaewon menunjukkan rentetan rempuhan itu manakala rakaman media sosial pula, pengunjung cuba memanjat bangunan mencari jalan keluar. Sehingga jam 10 malam, pihak bomba menerima maklumat 10 orang sudah dipijak dan sesak nafas.

Aika dalam Tik Tok berkata, Itaewon seperti pusat hiburan Las Vegas yang menjadi tumpuan pengunjung kerana menerima pelancong luar dan sangat mesra alam kepada golongan lesbian, gay dan pondan dan hampir semua kelab malam, bar, restoran dan rangkaian kedai makanan segera dibuka 24 jam. Ia juga menjadi tempat lepak untuk bertemu kawan baru dan bersosial.

Katanya hiburan malam di Itaewoon ini sangat 'laku keras' kerana di sini orang yang mabuk dan bergelimpangan pengsan di merata tempat dijamin selamat kerana tiada kecurian wang saku dan pelbagai jenis makanan terutama di restoran di atas bumbung sangat digemari oleh pengunjung tempatan atau luar negara.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol yang sebelum ini mengumumkan hari berkabung turut melawat kawasan kejadian. - KitaReporters


Kredit foto: Al-Jazeera

17
9
0
15
0

Copy Link: