Video| Alamak! Nak balik raya tapi tiada wang! Jumadi berjalan 4 hari 4 malam, 137km jumpa keluarga!
Published byHendak pulang berhari raya menjadi masalah bagi golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kenderaan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ada yang terpaksa menumpang kenderaan orang lain malah sehingga beberapa buah untuk sampai ke destinasi.
Perjalanan itu mengambil masa empat hari empat malam. Sepanjang perjalanan, dia cuba menumpang kenderaan yang lalu lalang, namun tiada siapa yang berhenti. Maka dalam kepenatan menghadapi keperitan matahari, dia teruskan perjalanan.
Jumadi nekad berjalan kaki setelah begitu rindu dengan keluarga selepas lama tidak bertemu. Pada awalnya Jumadi bercadang menaiki bas, namun sayangnya tidak mempunyai wang yang cukup.
Jumadi melakukan pelbagai pekerjaan dan terbaharu sebagai buruh bangunan di Sorolangun, Jambi selama beberapa bulan dan mengharapkan upah sebanyak Rp8 juta (kira-kira RM2,400) dibayar sebelum Aidilfitri.
Jumadi nekad berjalan kaki untuk pulang kampung, tanpa membawa sebarang buah tangan untuk keluarga.
Setelah begitu penat setelah 4 hari 4 malam perjalanan dan kelaparan, Jumadi berehat di sebuah balai polis di Rawas Ulu, Musi Rawas Utara (Muratara), Sumatera Selatan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Inspektor Polis Satu (Iptu) Herwan, atas dasar simpati dan khidmat sosial, pihaknya membelikan tiket bas dan memberi sejumlah wang bagi membolehkan Jumadi pulang ke kampung lebih selesa. Jumadi mengucap terima kasih atas sumbangan pihak polis itu.