Kreatif? ugutan? Berang penyewa gagal lunas sewa! Pemilik gantung kain rentang di hadapan rumah!
Published byMUNGKIN habis cara baik untuk menuntut sewa bulanan rumah yang disewa menyebabkan pemiliknya bertindak 'ganas'.
Dalam kejadian di Springfield Gardens, New York di Amerika Syarikat, seorang pemilik rumah bertindak menggantungkan kain rentang bersaiz gergasi di hadapan rumah sewa miliknya gara-gara penyewa enggan melunaskan bayaran sewa.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rumah sewa
Memetik laporan nypost.com, pemilik kediaman berkenaan Jean Thompson bertindak sedemikian kerana penyewa tersebut gagal membayar tunggakan sewa berjumlah AS$17,000 (RM71,427).
Malah dia berharap dengan cara menggantungkan kain rentang bersaiz gergasi berkenaan penyewanya, seorang wanita akan berasa malu dan berusaha untuk membayar.
Bukan itu sahaja usahanya, Jeans juga turut memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Perumahan bagi mengatasi masalah dengan penyewanya.
Sementara itu, anak Jeans, Calvins pula berkata, tindakan ibunya dilihat sangat wajar memandangkan itu sahaja saluran yang boleh dilakukan ibunya memandangkan kaedah yang lain yang dilakukan sebelum ini dilihat tidak berjaya.
Pemilik rumah, Jeans Thompsons dan anaknya terpaksa menaikkan kain rentang sebagai usaha terakhir selepas penyewa enggan melunaskan tunggakan
Penyewanya, Kathia Lamour pula yang menyedari ada kain rentang yang digantung di hadapan rumah sewa itu dilihat bertindak untuk menanggalkan kain rentang berkenaan.
Malah Kathia pula dilihat sanggup berjalan ke belakang rumahnya ketika memesan Uber ke kediaman berkenaan supaya orang lain tidak melihat dirinya keluar dari rumah tersebut.
Calvin menambah, masalah pembayaran sewa bulan rumah bermula sejak Julai tahun 2021, selepas ibunya menaikkan lima peratus sewa rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dari AS$1,800 kepada AS$1,900.
Namun tindakan ibunya bertepatan berikutan kali terakhir harga sewa rumah itu dikemas kini adalah sembilan tahun lalu.
Namun Kathia enggan membayar lima peratus kenaikan tersebut dan sejak itu, dia sengaja mengelak membayarnya sehingga tertunggak dalam nilai yang banyak.
Mungkin Kathia berdepan masalah kewangan dan dilema pekerjaan maklumlah kini ramai terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. -KitaReporters
Penyewa berkenaan, Kathia Lamour mungkin berdepan masalah kewangan menyebabkan dia tidak membayar sewa rumah.