Saiz bukan penghalang! Shagsawi hasilkan sarung, hulu parang
Published by
KitaReporters
--title--
UMPAMA lirik lagu berjudul 'Namun Ku Punya Hati' nyanyian Freddie Fernandez daripada Kumpulan Revolvers yang antara bait seni katanya "tidak ku minta lahir ke dunia, 'tidak ku duga cacat begini, bukan ku pinta kasih dan manja bukan ku rayu bantu simpati," hidup insan kerdil ini jelas tidak mengharapkan belas ihsan orang lain sebaliknya gigih berusaha meneruskan kelangsungan hidup. : KitaReporters
Shagsawi Yahya, 49. - Kredit foto-foto: Roselan Ab Malek
Lagi kisah-kisah berkaitan insan OKU:
https://kitareporters.com/search?search=OKU
Lirik lagu 'Namun Ku Punya Hati' ini jelas menggambarkan perasaan insan yang lahirnya tidak sesempurna insan normal lain. Namun, di sebalik kekurangan diri itu terselit keistimewaan yang tidak diduga. Siapa tahukan!
Jangan pandang pada kekurangan diri setiap individu terutama dalam kalangan golongan istimewa kerana ada antara mereka juga mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tiada pada insan normal.
Dia lelaki kerdil tapi ada kelebihannya. Di sebalik fizikalnya yang dikategorikan sebagai 'orang pendek' dengan ketinggian hanya 125 sentimeter sahaja, Shagsawi Yahya, 49, tidak pernah kesal dengan kekurangan dirinya.
Ahmad Nazlan Idris (kiri) melihat hulu dan sarung parang yang dihasilkan Shagsawi
"Fizikal saya lengkap. Normal. Sihat tubuh badan cumanya saya pendek atau kerdil dan saya boleh bekerja seperti biasa dalam mencari rezeki.
"Fizikal saya lengkap. Normal. Sihat tubuh badan cumanya saya pendek atau kerdil dan saya boleh bekerja seperti biasa dalam mencari rezeki.
"Saya tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai sebaliknya sentiasa berusaha mencari pendapatan melalui kemahiran membuat hulu dan sarung parang. Usia dan keadaan diri yang serba kekurangan ini tidak menghalang saya membuat kerja seperti insan yang sempurna," katanya. Rajin dan berusaha itu amat dituntut dalam Islam.
Menurutnya, sudah hampir 30 tahun dia menyara kehidupan dengan membuat hulu dan sarung parang yang dipelajari daripada arwah bapanya.
"Saya mengambil tempahan daripada penduduk sekitar Jerantut, Jengka dan Temerloh malah ada juga dari tempat lain yang membuat tempatan menerusi media sosial seperti Facebook.
"Biasanya pelanggan akan memberi mata parang yang siap dicanai dan saya membuat hulu dan sarungnya, " katanya menetap di Kampung Bukit Genting, Jerantut.
Shagsawi (kiri) menerima sumbangan mesin pemotong kayu sumbangan Ahmad Nazlan.
Shagsawi berkata, beliau akan membeli kayu daripada penduduk kampung selain pelanggan sendiri yang membawa terus kayu ke bengkelnya untuk dibuat hulu dan sarung parang.
Antara kayu yang digunakan Shagsawi ialah sepetir, serian, ciku, kemuning, nangka macang hutan dan arang bunga.
"Saya mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk menyiapkan satu hulu dan sarung parang kerana dibuat secara tradisi bermula daripada kerja-kerja memotong kayu.
"Walaupun fizikal saya tidak seperti orang lain Allah masih bagi kekuatan pada kedua-dua tangan dan akal untuk berfikir dan cari idea kreatif buat kerja. Saya tak pernah menyesal dengan keadaan ini kerana saya tahu ada lagi orang lain yang lebih susah daripada saya.
'Walaupun saya menggunakan tulang empat kerat dengan kemampuan dan pergerakan terbatas, semua itu bukan halangan bagi saya mencari rezeki halal," katanya merendah diri. Rezeki tidak akan datang bergolek' jika tidak berusaha.
Ahmad Nazlan Idris (kiri) melihat hulu dan sarung parang yang dihasilkan Shagsawi Yahya.
Kegigihan Shagsawi itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris apabila beliau menyumbangkan sebuah mesin memotong kayu bagi memudahkan kerja dan dalam masa sama dapat membuat hulu dan sarung parang dalam kuantiti lebih besar.
Ahmad Nazlan yakin Shagsawi mampu 'pergi jauh' dan mempunyai idea yang lebih kreatif dalam menghasilkan produk lain seperti tongkat dan barangan kraf tangan berasaskan kayu.
Jangan pandang insan OKU dengan sebelah mata sahaja kerana mereka tetap makhluk ciptaan Allah Taala.
Mereka adalah sebahagian daripada penghuni muka bumi ini dan berhak mendapat peluang sama rata dengan insan normal. Bantu dan sokonglah apa sahaja kerja yang mereka lakukan demi menyara kehidupan. - KitaReporters
0
0
0
0
0