Berita Terkini| Isteri kemurungan terjun Jambatan Pulau Pinang! Suami sempat jadi penyelamat!
Published bySeorang wanita berstatus isteri nyaris lemas selepas terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang pada kejadian petang 16 April 2021. - Kredit foto: Ihsan Bomba
SEORANG wanita berusia 40-an nyaris lemas setelah bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang ke dalam laut pada kejadian pada petang 16 April 2021.
Mangsa dipercayai mengalami masalah kemurungan itu terselamat setelah suaminya yang berada di tempat kejadian nekad terjun bagi menyelamatkannya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.40 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seberang Perai bergegas ke lokasi.
“Tiba di tempat kejadian terdapat seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang. Mangsa diselamatkan suaminya dan dibawa ke tiang jambatan sebelum jentera bomba tiba.
"Pihak bomba kemudiannya telah turun ke bawah menggunakan kaedah ‘rappelling’ bagi memujuk dan tenangkan mangsa.
"Mangsa yang selamat kemudiannya berjaya dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban, Pulau Pinang," katanya yang dipetik laporan Kosmo, 16 April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter