Buku Ku Dengar Suara! Luahan hati seorang pesakit skizofrenia! Pengalaman hidup Hanisah Mashkuri
Published bySIAPA sangka bahawa seorang ibu anak dua mempunyai pengalaman dengan skizofrenia? Hanisah Mashkuri, 39, pernah mengalami skizofrenia sejak tahun 2008.
Sehinggalah Bulan Kesedaran Kesihatan Mental muncul pada Oktober 2020, Hanisah menyedari bahawa dia perlu menceritakan kisahnya kepada umum.
Semuanya dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental, Hanisah memutuskan untuk memberitahu dunia tentang kehidupan skizofrenia masa lalu melalui siri bukunya dalam Bahasa Malaysia, ‘Ku Dengar Suara’.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kesihatan mental
Buku kisah hidupnya ini, menurut satu kenyataan media pada 29 Oktober 2021, adalah berkaitan dengan perjalanan kesihatan mentalnya yang lalu sehingga ke hari ini. Di mana Hanisah bukan sahaja bisa jalan terus, tetapi juga berkembang semakin sihat dalam kehidupannya sekarang.
Semuanya bermula dengan dia mengemas kini status Facebooknya setiap hari bermula pada Oktober 2020, menulis dari hatinya sendiri - menceritakan pada mulanya hari dia didiagnosis sewaktu masih lagi melayari kehidupan pelajar universiti di Australia.
Kemudian lama-kelamaan Hanisah memutuskan untuk menyusunnya menjadi sebuah buku.
Setahun berlalu seusai siapkan keseluruhan kisah hidupnya ini apabila dinasihati untuk memisahkannya menjadi 4 siri buku, yang secara kebetulan berfungsi lebih baik daripada segi penceritaan untuk e-buku.
Menurut kenyataan media itu lagi, ini merupakan debut pertama Hanisah dalam menjadikan dirinya sebagai seorang pengarang sambil berkata: “Tidak kira apa yang berlaku dalam hidup, seperti beberapa ujian dan penderitaan yang tidak dijangka berlaku, pasti semuanya akan baik-baik saja.
"Saya melakukan ini untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua orang untuk teruskan kehidupan."
Pada masa ini Hanisah sedang dalam proses menterjemahkan buku “Ku Dengar Suara” ke dalam bahasa Inggeris berjudul, "I Hear Voices" dengan tujuan menyelami pasaran antarabangsa dan global ke Amazon.
Semasa waktu lapangnya, dia gemar melukis dan menulis jurnal. Sesuatu yang dia amat suka lakukan dianggap sebagai terapi di bawah kelolaan guru seni dan teman-teman seangkatan seninya yang lain dalam kumpulan DGD Oleh Mims.
Selepas menyertai pameran seni Artgeng 2021 serta pameran seni Linkedin Wanita di Dunia Kota New York 2021 (Linkedin New York City (NYC)’s Women of the World 2021), Hanisah juga sedang berusaha untuk mendapatkan Pameran Seni Solonya yang pertama sambil menghasilkan Barang Dagangan Seni uniknya tersendiri.
Meskipun Hanisah mempunyai ijazah sarjana muda dalam komunikasi dari Universiti RMIT, Melbourne, Australia (2007) dan Diploma dalam Reka Bentuk Multimedia dari Kolej Limkokwing (2004), dia sememangnya melihat masa depannya bertambah cerah dalam mencipta kehidupan yang ternyata semakin indah terutama setelah bersemuka dengan pengalaman skizofrenia.
Temui Hanisah Mashkuri secara aktif dalam Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hanisah-mashkuri-artist-author/ mahupun di Instagram: https://www.instagram.com/honeystarez/ untuk melihat hasil seni lukisannya dan e-buku ‘Ku Dengar Suara’nya boleh didapati dalam talian di: https://www.e-sentral.com/publishers/filter/8344, tambah kenyataan media itu. - KitaReporters